Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Apa hikmah Musibah ??

"Harzan. Harini ana rasa banyak sangat musibah kena kat ana" Saya terdiam. Kenapa pulak ni? "Musibah? Enta kena musibah apa?" Mukanya suram je.. Kesian.. Takpe takpe.. Musibah tu tanda kecekalan hati. "Sandal ana selalu hilang.. Tadi, ana ada terjumpa sandal.. Sebelah lain-lain.. Ana pun pakai lah kejap.. Ana memang niat nak pulangkan balik sandal tu dekat tempat ana ambil tadi.. Tapi tadi ada abang senior jumpa ana, dia kata yang sandal tu dia punya.. Ana dah terangkan yang ana jumpa sandal ni kat locker bilik ana.. Pastu dia suruh carikan lagi sebelah.. Kalau tak, ana nahas.. Hmm" Terdiam. Aduh, macam mana ni? Sahabat perlulah menenangkan sahabat yang lain.. Hmm "Camnilah.. Enta bersabar je.. Pasti ada hikmahnya.." Itu je lah saya mampu cakap.. Hmm.. *Iqamat* Saya pun mengatur langkah masuk saf.. Diharapkan agar dia jumpa penyelesaian untuk persoalan dia.. Kebetulan semasa solat, imam isyak membacakan ayat tentang mus

Baiknyaa Allah...

' Ku mengatur langkahku, Berjalan tanpa bayang-bayangMu, Langit dan bumi setia menemaniku.. Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku, Ku kepanasan tanpa perlindunganMu...' Eh.. Abaikan lirik lagu tu.. Berhibur tak salah selagi menepati syariat, kan? XD Okay. To the topic... Baiknyaa Allah T^T .. "Harzan.. Badan kau panas ni.." "Ni dah boleh masak telur ni.. Letak kuali, masak.." "Baik kau pergi klinik.. Takut malaria  ke.." "Ni denggi ni.." Nauzubillah. Tak pernah pun mintak kena camtu.. Hari pertama kena demam boleh la kata sikit je.. Masuk hari ketiga.. "Allah. Weh.. Aku dah tak larat nak jalan.." Huhu.. Rasa nak menangis.. Beratnya ujian demam.. Kepala pening, pitam.. Pengsan? Ish.. Belum lagi.. T^T Tapikan.. Allah turunkan musibah dekat hamba-Nya semuanya ada hikmah.. Apa hikmahnya?? Orait. Tengok satu-satu.. 1) Allah turunkan ujian sebagai tanda Allah sayang.. Eh. Yeke Allah sa

Dakwah ^^

Dakwah, Namamu indah namun bukan mudah, Keadaanmu indah namun memerlukan mujahadah, Keberadaanmu indah namun memerlukan istiqamah, Perjuangan dakwah itu perjuangan lelah, Terkadang terjatuh, tersungkur mengah, Namun percayalah, Bahawa Allah itu Maha Pemurah... Dakwah, Terlakarlah namamu dengan akhlak Islamiyyah, Bukan kata-kata murah, Yang dipanah tanpa sifat mulia Rasulillah, Dakwah itu akhlak, Dakwah itu indah, Kerana dakwah itu mencerminkan Islam, Juga peribadi penganutnya, Serta perilakunya... Berdakwahlah di jalan Allah, Iringilah dengan akhlak penuh barakah, Berpandukanlah dengan Al-Quran dan As-Sunnah, Agar langkah kaki tidak kehilangan arah, Lantas tersadung, Menempah lembah berhiaskan mazmumah, Isilah kamar hati dengan satu kalimah, Yang kekal menjadi panduan setiap ummah, Satu tekad mengisi satu langkah, Agar terus bermujahadah, 'Kekal berdakwah Fi Sabilill

Allah, Ampunilah Hamba-Mu Ini...

Aku berjalan lemah ditepi pantai, Kedinginan malam membaluti tubuhku, Harapku agar Tuhan mengampuni daku, Atas segala kelalaianku serta kekhilafan diriku, Langkah kakiku dipandu perasaan pilu, Langkah digagah, namun tiada hala tuju, Pohonku agar Tuhan membantu aku, Untuk meneruskan perjalanan penuh liku... Pantai yang kematian ombak, Aku pandang sepi memerhati nasib diri, Aku berhenti, Lututku rebah menyembah bumi, Hatiku melutut, Jiwaku menuntut, Agar segala dosa bisa diampuni, Firman Tuhan aku sematkan, Bahawa Dia Maha Memberi Pengampunan, Pada setiap jiwa yang memerlukan, Peluang kedua setelah terleka menikmati 'pemandangan' lembah kehinaan... Pantai yang kebisuan suara angin, Namun kedengaran merdu kerana rahmat-Mu, Allahu, Sanggupkah Kau menerimaku sebagai hamba? Yang sentiasa lalai mengingati-Mu, Yang sentiasa lupa memerhati ciptaan-Mu, Yang sentiasa leka daripa

Dakwah Lembut ke Dakwah Sentap?

"Rumah merah!!!" "Biru go!!" "Kuning!! Laju!!" Aduh. Penat jerit. Majulah rumah merah untuk maktab. Hahaha. Walaupun saya masuk acara, tapi takde rezeki nak menang. Takpelah.. "Abang Harzan, apa pendapat abang tentang abang sekian sekian sekian?" Saya menoleh. Aik? Kenapa tanya? "Emm. Bagi abang, dia okay je. Tapi dia tegas sangat. Abang dengar cerita ramai orang tak suka dia." "Haah. Ramai orang tak suka dia." Saya mengangguk. Kesian. Buat benda betul, tapi ramai tak suka. Hmm. "Adik, jom duduk bawah. Abang nak cerita." Saya turun tangga. BADAR  kat depan saya ni banyak sungguh soalan. Takpelah. Abang Harzan sedia membantu! "Okay. Adik. Nak tau tak? Dakwah ni sebenarnya ada dua. Satu, dakwah lembut. Satu lagi dakwah sentap. Tapi abang lebih memilih dakwah lembut." "Kenapa?" "Sebabnya. Dakwah sentap ni tugasnya menyedarkan. Bukan mengajak. Bagi abang