Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Adat atau Syariat?

" Dah pukul berapa eh?" "4.30 petang" Saya pandang kawan saya. Selesai turun daripada bas, saya cepat-cepat ambik bagasi saya. Alhamdulillah dah sampai. Walaupun cuti tiga hari sahaja, saya sangat gembira. Yalah, bukan senang nak dapat cuti. Sejurus selepas itu, saya masuk dalam bangunan putih itu. Nak kata sejuk, tak sejuk. Nak kata panas, tak panas. Bolehlaa~ Saya beratur. Sahabat saya berada dihadapan sedikit. Saya tercari-cari board stesen pertukaran KTM. YaAllah takutnya. Ini kali pertama saya naik keretapi sesudah 3tahun berlalu. Dulu-dulu saya rajin la naik benda alah ni. Itupun sebab ada lawatan. Sekali je naik lepastu tak naik dah. Kawan saya kata harga tiket murah. Yalah, daripada Tampin ke Bandar Tasik Selatan tidaklah jauh seperti yang disangka. Waktu itu saya tengah khusyuk baca jadual pertukaran stesen KTM Tampin. Saya perasan jugalah yang bukan kami sahaja pelajar MRSM. Ada lagi beberapa orang pelajar MRSM lain. Sahabat saya mencelah. &

Balasan Atau Ujian ?

"Harzan. Enta takde post baru ke kat blogspot? Setiap hari ana bukak, takde benda baru"  Hmm. Itulah. Bila dah bergelar 'Calon Pt3' , memang sikit sangat masa nak menghadap komputer. Nak belajar pun, kepala dah hang  (Hang kat sini maksudnya tersangkut. Bukannya slang Negeri Kedah ye.. Hehe) sebab baru lepas kerja kursus sejarah. Lagipun, memang saya sudah jarang menulis. Tambahan pula, Pt3 semakin berlari kearah saya (huhu) jadinya memang idea tak singgah-singgah.  Yalah. Dalam perjalanan mengejar KEJAYAAN, PENGORBANAN   merupakan antara perkara yang perlu dilakukan. Sebut tentang pengorbanan, saya teringat kisah yang berlaku antara saya dan kawan saya. Sebaik sahaja selesai solat, saya capai sebuah Al-Quran kemudian duduk dekat satu bahagian surau. Tiba-tiba, saya disapa. "Harzan. Macam mana nak baca ni ?" Saya pandang dia. Dia tunjukkan dekat saya nombor-nombor yang terdapat di belakang Al-Quran Tafsir misalnya 3:174 dan s