Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Hikmah Pakcik Bilal?

Kadang-kadang bila jari dah atas keyboard, masa inilah idea tak muncul-muncul. Sadisnyaa.. Saya pernah juga kena tanya... "Harzan. Cerpen baru, dah ada?" Ya Allah. Saya masih dalam mood bercuti. Tangan saya rasa macam dibius daripada terus menulis. T.T Saya kadang-kadang terasa sedih. Yalah. Mereka yang menulis kadang-kadang dianggap hanya 'berjenaka' melalui penulisan. Hakikatnya mereka mahu 'bersuara' setelah madah kata ditelan pusara. Mereka mahu 'berbicara' sementelah manusia 'mengunci' telinga. Tapi, takpalah. Disebabkan saya menulis berdasarkan pengalaman, saya menunggu jugak beberapa pengalaman yang boleh dimuatkan dalam blog saya yang tak seberapa ni.. "Eleh kau. Bajet gilaaaa" Hahaha. Saya rasa ianya suatu hakikat. Penulisan saya tak setaraf mereka yang hebat-hebat ( cth Ust Pahrol Juoi , Aiman Banna dll ), tapi saya sentiasa mencuba untuk maju. Okay. Saya masuk ke landasan topik sebenar.

Ya Allah, saya rindu 'dia'!

Rindu itu adalah anugerah dari Allah.. Insan yang berhati nurani, Punyai rasa rindu.. Rindu pada kedamaian, Rindu pada ketenangan, Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan.. Saya perlukan kekuatan juga nak tulis tentang topik ini. Yalah. Rindu itu fitrah. Fitrah yang dianugerahkan perlulah disalurkan dengan cara yang terbaik. Betul? "Eh siapa pulak kau rindu ni? Haa.. Akhawat yang pakai purdah tudung labuh tu ek? Cieee.."  Hahaha. Bukanlah. "Jadi?" Shhhh. Keep it as a secret xD. Hahaha. Saya teringat beberapa minggu lalu. Saya dapat keputusan final exam saya. Alhamdulillah memberansangkan. Beberapa hari kemudian, saya terima mesej daripada seorang sahabat saya. "Assalam Alaik. Enta lepas pointer tak?" "Wassalam alaik. Alhamdulillah lepas. Enta?" balas saya "Tak." "Harzan. Ana rasa macam nak pindah. Feeling nak usaha dah hilang." tambahnya. Saya terkejut. Kenapa? "Sek

Mindset Senjata Kuat Orang Islam

Sedih. Yalah. Bukan apa. Saya sedih pun sebab TV saya takde warna. Sedih, kan? Haha. Sebenarnya, bukan itu yang saya nak cakap. Saya melalut ja tu. "Bro. Amenda ni? Kau ni kalau nak tulis entry sekalipun, biarlah logik. Tak perlulah nak tarik ramai followers dengan entry karut kau tu."  Well, saya pun tak hidup berTuhankan manusia. Saya nak cerita sikit pengalaman saya semasa menyertai satu kem ni. Alhamdulillah kem tu memang menerapkan nilai-nilai dakwah. Dimana, tak kira siapa, bila-bila masa. Saya teringat kata-kata Ustaz Ebit Lew semasa mengendalikan satu slot bersama kami; "Ikut ustaz ye? Musalman Amarnam (Islam itu nama saya), Namas AmalGari (Solat itu kenderaan saya), Jannat AmalBari (Syurga itu rumah saya)"  Ayat ini selalu ditekankan kepada kami. Baru saya sedar, mindset orang Islam masih tak kuat. Bayangkan, ramai Umat Islam yang dapat dikalahkan hanya dengan perang Psikologi. Kita tidak memandangkan gelaran Islam hanya sekadar gelaran