Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Sangka Baik Mematangkan Fikiran

Cuti MC 5 hari. Aduh. Bosan yang teramat! Nak menulis, tangan sakit. Nak menaip, tangan sakit. Nak makan? Alhamdulillah okey lagi. Haha. Setiap ujian yang mendatang perlulah disertakan dengan sangka baik, bukan? Hatta ujian dalam menuntut ilmu sekalipun. Macam kawan saya pernah sebut, "Bersabarlah. Ujian dalam menuntut ilmu itu biasalah. Moga kau kuat" Saya berterima kasih dekat dia. Doa saya selalu, semoga Allah memelihara dia dengan sebaik baik pemeliharaan dan penjagaan. Namanya sentiasa disebut dalam doa kerana dia merupakan insan yang mempunyai visi dan misi yang jelas untuk ummat. Back to the topic. "Korang semua nak tau tak?" saya mula memasang umpan. Hanya kami yang tinggal di dalam Dewan Selera. Aktiviti dan urusan yang agak banyak menjadikan kami terlewat makan 'supper'.  Macam biasa, kami akan bergerak bersama-sama. Tiba-tiba saya teringat kata-kata seorang 'Ustaz Debator' sekolah saya; "Kaum perempuan mem

Cerpen 4 :Langkah

'Cerita ini saya dedikasikan kepada semua kawan-kawan saya terutamanya akhawat. Semoga cerita ini dapat menyuntik rasa insaf dalam diri kita. Jangan ambil cerita ini sebagai hiburan semata, tetapi sebagai pengajaran juga. Berhati-hatilah dengan bisikan syaitan. Sekiranya tersungkur, bangkitlah. Tersungkur itu lumrah tetapi bukan petanda kalah!' - Harzan- Bismillah... “Baiklah. Dipersilakan Nurul Amirah Hafizah untuk naik keatas pentas bagi menerima anugerah Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini” Dia melangkah dengan seukir senyuman. Sorakan dan tepukan menjadi simbolik kemeriahan majlis. Sebaik sahaja menerima hadiah, Amirah dikelilingi ucapan tahniah. “Alhamdulillah. Enti berjaya menjadi pelajar terbaik SPM.” “Alhamdulillah. Berkat pertolongan enti juga sepanjang perjalanan kita.” Amirah tergelak kecil. “Eh. Ana laparlah. Jom pergi kafe? Ana belanja.” Seloroh kawannya. “Jom” putus Amirah. Mereka berdua berjala

Positifkan Diri?

"Baiklah. Kita mulakan Usrah  kita pada hari ini dengan al-Fatihah." Saya baca al-Fatihah. Naqib saya nampak macam serious je harini. Entahlah. "Baiklah. Harini abang nak setiap seorang ahli Usrah  kita ambil satu kata-kata dalam buku ni" katanya sambil menunjukkan sebuah buku (saya tak ingat tajuk huhu). "Abang bagi masa 5 minit. Lebih lima minit, akan ada denda." Uiks. Tak pernah-pernah pulak Naqib saya buat denda. Saya baru terfikir nak ambil satu kata-kata daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi ; 'Lidah akan menyebabkan telinga menjadi tuli. Kononnya dengan banyak bercakap, kita akan terlihat pandai berbanding orang-orang yang diam. Orang yang diam selalu dianggap bodoh. Sedangkan diam itu lebih bermanfaat. Kata bijak pandai : Diam itu banyak hikmahnya, tetapi amat sedikit mereka yang mengambil manfaatnya' -Ustaz Pahrol dalam buku Seraut Kata, Selaut Rasa- Buku itu terus bertukar tangan. Sesampainya buku kat saya, saya membelek pan