Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Sebenarnya Salah Siapa?

Sedih. Saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Segala apa yang terjadi menyesakkan kepala saya. Apabila saya mencuba, ada saja yang tidak terima. Saya teringat pesanan ustaz saya merangkap ketua nuqaba' sekolah saya ; " Sekarang ni kita dah kena mula fikir pasal masalah umat. Dah banyak sangat perkara yang terjadi. Kita kena fikir untuk selesaikan. Memang berat. Akademik, Al-Quran, Umat lagi. Tapi itu tugas kita" Saya mengakuinya. Masalah umat diluar sana menjadi masalah kami juga. Namun jika masalah yang didalam masih belum diselesaikan, mana mungkin masalah yang diluar akan tamat?  Maaflah saya terus straight to the point . Takda pasal Pt3 lagi. Sebab saya terlalu sedih. Sesuatu ujian yang mendatang, dicela sehabis mungkin. Bukan sahaja orang biasa-biasa, malahan ada juga yang luar biasa! Perlukah mencela sesuatu yang sememangnya datang daripada Allah? Saya teringat kisah kawan saya yang berazam nak berubah. Daripada kejahatan kepada kebaikan, daripada mencarut

Sehari Sebagai Pencuri ?

Tik tok. Tik tok. Terasa sekejap sangat masa bergerak. Sedar atau tidak, Pt3 tinggal sebulan lebih. Kadang, saya pelik jugak. Sebab setiap permulaan entry saya, saya selalu perkatakan tentang Pt3. Hahaha, sebenarnya saya taknak tulis direct terus. Bosan. Untuk rakan-rakan seperjuangan Pt3 saya, bertabahlah. Sebagai pelajar, mesti pandai curi masa untuk belajar. Okey takpelah. Saya teruskan. Firman Allah mafhumNya ; "Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah kedua tangan mereka sebagai balasan kepada apa yang mereka lakukan dan sebagai azab daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" -Al Maaidah ayat 38- Pernah dengar? Cliche, kan? Mungkin hampir setiap kali tajuk berkaitan pencuri, ayat diatas menjadi pilihan. Sehinggakan tidak timbul lagi perasaan takut dalam hati. Hati yang dahulunya secantik laut, akhirnya menjadi seburuk-buruk taghut. Kenapa? Sebab merasakan ianya suatu kebiasaan. J