Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

Mampu?

"Tendang! Tendang!"  Angin pada petang itu meniup lembut. Bayu semilir yang dibawa mampu melenakan sesiapa sahaja. Kelihatan sekumpulan remaja lelaki sedang bermain bola sepak di padang yang jaraknya tidak terlalu jauh dengan blok akademik. Padang seluas mata memandang itulah menjadi tempat bergembira; meluah rasa dan menenangkan fikiran daripada timbunan masalah yang membebankan. Dua nikmat yang sering dilupakan; masa lapang dan kesihatan. Itulah manusia. Meminta ketika susah, berpaling ketika senang. Padang itu menjadi tatapannya kini. Remaja berjubah biru muda dan bertudung labuh berwarna hitam itu melontar jauh pandangannya. Menghayati dan menikmati selagi nafas belum di kerongkong. Terpacul kalimah syukur atas nikmat yang tidak terhingga. "Tsk..tsk..tskk" Dia menoleh. Suara teresak-esak itu kedengaran dekat. Matanya tertancap pada kerusi wakaf putih yang terletak berhampiran musolla. Seorang remaja sebayanya berjubah merah hati dan bertudung hit