Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Mari ber'cinta'!

Menulis? Haha.. Entahlah.. Sejak bila pulak boleh jadi hobi.. Bukan sekadar hobi rasanya.. Mungkin matlamat? Hmm.. Tetiba saya teringat kata-kata ustaz saya beberapa hari lepas di surau.. "Dalam kitab Yahudi sudah tertulis cara-cara nak hancurkan Umat Islam sekarang. Siapa diantara kita yang nak tegakkan umat Islam?" tegas nada suara beliau. "Aku" getus hati saya. Ya, itulah cita-cita saya. Saya mula tercari-cari apa yang boleh saya sumbangkan dekat ummat. Tetapi, saya kekurangan kelebihan. Melukis? Hahaha.. Saya memang tiada bakat melukis. Tazkirah? Ilmu pun masih sedikit. Ya, menulis.. Dengan itu saya mengambi inisiatif untuk cuba terbitkan sebuah buku.. "Sejak bila jadi rajin ni?" Hahaha. Bila dah ber' cinta ', bergitulah keadaannya.. Sebut soal CINTA, saya teringat serangkap kata dalam buku Seraut Kata Selaut Rasa karya Ust Pahrol Mohd Juoi ; " Cinta itu tidak semestinya bertemu, kerana cinta itu membebaskan bukan membelen

Akhlak vs Ilmu?

"Abang... " "Ya?" Saya diam. Nafas ditarik, kata dilepas. "Saya cuma nak mintak pendapat. Biasalah.. Kita manusia kenalah bertukar-tukar pandangan kan? Saya cuma nak mintak pendapat abang. Antara Akhlak dengan Ilmu , abang utamakan yang mana?" Dia diam. Seorang Naqib Usrah yang pada pandangan saya, seorang yang hebat. Tanggungjawab melangit, tetapi dirinya tetap merendah ke bumi . Saya menanti jawapan beliau dengan penuh sabar. " Akhlak vs Ilmu? Hmm . Persoalan yang baik .. Bagi abang , abang lebih utamakan akhlak .."  Saya menyimpulkan persoalan. "Kenapa, abang?" "Sebabnya.. Bila kita takde akhlak, orang takkan dekat dengan kita. Jadi macam mana orang nak bagi kita ilmu?" Saya terdiam. Betul. Berakhlak dengan ilmu itu lebih penting. Berakhlak melahirkan barakah. Kalau barakah hilang, semuanya susah. Sama keadaannya seperti guru. Katakan kalau kita tak ada akhlak ketika mene