Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Adakah Cinta Itu Masih Sama?

Pinggan dah licin. Air dah habis. Alhamdulillah. Tempat duduk pulak best. Tepi tingkap. Haha. Now, idea! Pen on. Buku dah bukak. Masa untuk menulis. Tapi,nak tulis apa? Hmm. How about love? Hahaha. Bukan nak menggatal, tapi sebagai karya yang diharapkan dapat 'menggaru' remaja-remaja sekarang yang tengah 'gatal' cinta. Ya! Cinta itu enak. Dan hampir semua yang enak itu memabukkan. Macam gula. Jangan terlebih ambik. Orait! Pen, mulakan langkah tarimu untuk menulis! Cinta? Apakah itu cinta? Adakah tafsiran cinta itu masih sama, Berpacaran, berdua-duaan dan berpegangan tangan, Lantas menolak tepi hukum Tuhan, Syariat sepi dibiarkan, Agama segera ditinggalkan, Adakah ini makna cinta yang sering diagungkan? Cinta, Fitrahnya suci, Lahirnya putih bersih, Namun, Mengapa ramai diantara kita yang mendustai hakikat cinta, Yang asasnya adalah Tuhan Yang Maha Kuasa, Mengapa ramai diantara kita yang mewarnai cinta, Dengan warna hitam dos

'Tinta Istimewa' buatmu

"Weh. Asal kau tukar buku?'' Saya senyum. "Ni buku puisi. Buku cerpen ada kat Si Fulan tu. Dia tengah baca" "Oh. Nak baca." Dia pantas meminta. "Em. Boleh. Tapi baca yang depan je. Jangan baca yang belakang." Saya agak cuak. Ye lah. 'Tinta Istimewa' lah katakan? Hahaha. "Orait."  Ya, tinta istimewa buatnya. Seorang pejuang yang cintakan ilmu dan agama. Mungkin tinta ini tidak sehebat tulisannya. Tidak mengapa, asalkan ada. Selepas buku dipulang , saya pantas membuka bahagian belakang. Terdapat dua warkah berisi madah. Saya tersenyum lagi. Dengan suara perlahan, saya membaca warkah yang terlakar di akhirnya nama seorang insan yang cintakan Kejayaan... "Dengan lafaz Bismillah, Aku mula mengatur madah... Disaat aku mengangkat pena, Aku menyedari bahawa aku masih tidak sempurna, Aku mengerti, Menjadi khalifah di muka bumi, Tidak semudah yang diketahui, Kerna ilmuku masih t

Jangan Dibiarkan

Aku memerhati, Dirimu amat mendambakan cinta Ilahi, Namun apakan daya, Nafsumu menguasai diri, Jangan dibiarkan, Dirimu menjadi punca kemurkaan Tuhan, Yang boleh membawa penyesalan... Solat dikau lewatkan, Kata-katamu tidak diberi penjagaan, Lidahmu galak menutur perkataan, Perkataan yang lebih kearah penghinaan, Yang menjadi punca dirimu diazab-Nya, Kerana doa seorang insan yang dianiaya... Aduh, Kemanakah akhlakmu? Kemanakah identitimu? Identiti sebagai seorang penghafaz Kalam-Nya, Yang boleh menjadi syafaat buat ibu bapa, Pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya... Maaf, Andai kata-kata ini tidak disukai, Namun sebagai peringatan buat diri, Juga buat mereka yang mengharapkan Redha Ilahi, Tetapi seringkali tersungkur diatas jalan menuju Rabbi... Ya Allah, Puisi itu hiburanku, Allah dan Rasul prioritiku... Cekalkan Hati, Tabahkan Diri Pena Si Musafir

Ilmu atau Hiburan?

Dengan lafaz Bismillah, Aku mula mengatur madah... Ilmu atau Hiburan? Dua perkataan, satu persoalan, Soalan yang sentiasa bermain di fikiran, Memilih Ilmu sebagai teman, Atau Hiburan sebagai keseronokan? Ilmu atau Hiburan? Yang manakah yang menjadi pilihan? Kerna kita bukanlah sehebat malaikat, Yang tetap mendengar, setia ngan taat... Ilmu atau Hiburan? Dengan Ilmu, kerjaya dapat dicapai, Dengan Ilmu, matlamat dapat digapai, Alangkah indahnya, Pabila diri kita menjadi yang terbaik di hadapan Yang Maha Esa, Hanya kerana kita berusaha, Mencari Ilmu di serata dunia, Bukan mencari dosa, Yang sentiasa dimurkai Allah Yang Maha Perkasa... Ya Allah, Kuatkanlah langkah kami di atas jalan mujahadah, Kerana mujahadah itu tidaklah mudah, Namun kami tidak mudah mengalah, Kerana rahmat-Mu itu sangat indah... Cekalkan Hati, Tabahkan Diri Pena Si Musafir

Kejayaan

Kejayaan itu bermula dengan sebuah keperitan, Kejayaan itu bermula dengan sebuah tangisan, Kejayaan itu bermula dengan sebuah kepayahan, Namun bakal diakhiri dengan sebuah senyuman... Kesusahan itu mengajar erti kesabaran, Keperitan itu mengajar erti ketabahan, Bersabarlah, Kerna ianya ujian untuk memupuk, sifat diri yang mengenal Sang Tuhan... Ya Allah, Kau jadikan segalanya dengan hikmah, Agar manusia bisa berfikir dengan berhemah, Kau tak jadikan sesuatu ujian, Tanpa sebuah penyelesaian, Kau tak jadikan sesuatu masalah, Melainkan untuk mendengar diri ini berserah, Berserah ketika jatuh terngadah, Mengharapkan belas kasihan Yang Maha Pemurah... Ya Hannan, Diri ini mengharapkan pengampunan, Juga mengharapkan perhatian, Kerna untuk mencapai syurga idaman, Tidak semudah yang disangkakan, Yang indah itu ialah kejayaan, Kejayaan mendapat Cinta-Nya yang kekal sepanjang zaman.. Cekalkan Hati, Tabahkan Diri. Pena Si Musafir

Layakkah aku?

Layakkah aku? Layakkah aku? Untuk berdiri diatas hamparan bumi, Yang sempurna milik Ilahi, Sedangkan aku masih leka, Daripada mengingati-Nya setiap masa, Sedang aku masih mencari dosa, Bukan berusaha mencari pahala... Layakkah aku? Untuk memohon keampunan-Nya, Pengampunan  yang tiada batasnya, Sedangkan aku masih leka, Tetap bergelumang dengan dosa dan noda, Dengan hiburan dunia aku bergembira, Bukan berhibur dengan apa yang diturunkan-Nya... Layakkah aku? Untuk menikmati nikmatnya syurga, Dan dijauhkan daripada seksanya neraka, Sedangkan amalan aku masih tidak cukup untuk ke sana, Setiap bicara tidak menggambarkan perilakunya, Al-Quran aku jadikan bacaan, Namun adakah aku jadikan amalan? Ya Tuhanku, Hatiku lupa berzikir, Akalku alpa berfikir... Cekalkan Hati, Tabahkan Diri. Pena Si Musafir
Mengulangkaji. Usaha terakhir hampir semua pelajar sebelum menghadapi peperangan ilmu. Buku dihadapan sudah bersedia menyuburkan ilmu di dada. Helaian demi helaian dibuka. Tidak! Fokusku dicuri. Perasaan aneh mula bertandang dihati. Aku menutup gerbang ilmu. Mula menulis sebuah puisi diatas kertas putih bak salju. Ya Allah, Fokusku diganggu, Hatiku dihantui sesuatu, Adakah terdapat sesuatu untuk ku laku? Ya Allah, Aku tidak gagah, Untuk berdiri megah diatas jalan mujahadah, Melawan nafsu yang tidak pernah mengenal erti lelah, Namun aku sedar, Aku tidak boleh mengalah, Kerana rahmat Rabb-ku bersama orang yang tabah. Ya Allah, Diri ini menyedari banyak silap dan salah, Namun aku tetap tersungkur mengadah, Mengharapkan pengampunan dari Yang Maha Pemurah, Ya Allah, Bantulah aku bermujahadah, Bantulah aku menguruskan fitrah, Agar dari fitrah tidak menjadi fitnah, Bantulah aku untuk menggapai keredhaan-Mu, Cinta yang satu, Bantulah aku melaw

Cerpen : "Khuzni Ma'aka Ila Jannah?"

"Dum!" Pintu dihempas kuat. Aku berwajah tegang. Masing-masing ingin memenangi perdebatan berteraskan ammarah yang bertuhankan syaitan. Aku dengan pandangan aku, dia dengan pandangan dia. Perdebatan kami berakhir dengan satu ucapan pemutusan. Pemutusan persahabatan. Aku terduduk. 'Apakah yang aku lakukan tadi?' Muhammad Hafiz Arshad. Itulah nama aku. Aku seorang pelajar aliran agama di salah sebuah sekolah Maahad Tahfiz di Kelantan. Alhamdulillah. Hari-hariku baik sepanjang berada di Maahad ini. Kecintaanku terhadap ilmu agama tersemai subur. Kecintaanku terhadap ilmu mendorong aku untuk berusaha menggali di lombong ilmu ini. Aku bersahabat baik dengan seorang teman seperjuangan. Mempunyai misi untuk memburu cinta ar-Rahman. Namun, semuanya berjaya diretakkan dengan hasutan syaitan. Aku bermonolog sendiri. 'Salahkah aku?' "Ah. Biarkan sahaja dia tu. Degil. Tak layak bersahabat dengan kau" syaitan mula memanah anak panah hasutan. "Tapi.

Cinta Allah ke Cinta Manusia?

"Harzan. Kau nak tau satu cerita?" "Haa. Apa?" Kami berdua menuju kearah surau selepas makan malam dekat Dewan Selera. Dah lama tak jumpa sahabat saya yang sorang ni. Mesti la banyak cerita. "Camni. Kau tau kan aku suka si fulanah?" dia bertanya. "Hemm. Tau. Jadi?" saya menjawab dengan soalan. "Macam ni. Aku diberikan ' dare'  oleh kawan aku. Dia kata dia cabar aku untuk jaga hati start sekarang sampai tingkatan 5 nanti" dia bercerita. "Hmm. Bagus ' dare'  dia. So, kau terima tak?" saya semakin berminat. "Aku terima. Tapi macam agak susah lah nak buat." "Haha. Takpe. Insya Allah aku boleh tolong kau dalam menjaga hati. Aku pun tengah jaga hati sekarang ni." saya cuba menenangkan dia. Cinta itu satu fitrah yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Tapi fitrah boleh bertukar menjadi fitnah dalam sekelip mata. Kita mestilah pandai menilai dan menjaga fitrah tu. Syaitan bi

Mujahadah?

"Oh. Macam tu ke.." saya membalas. "Haah.." Suara disana jelas kedengaran Setelah mendiamkan diri sekejap, saya bertanya. "Ibu. Apa makna MUJAHADAH ?" "Mujahadah?" suara ibu saya bergema di corong telefon. Saya baru pulang dari kelas. Penatnya. Hati saya tergerak untuk telefon mak saya di surau sementara menunggu masuknya waktu asar. "Harzan.. Mujahadah tu... Berasal dari perkataan JIHAD yang bereti berjuang bersungguh sungguh dengan penuh kegigihan. Bermujahadah ertinya berperang dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu..." Saya diam. Betul tu. Dalam hidup ni kita mempunyai dua pilihan. Pilihan untuk melakukan perkara yang PERLU dilakukan atau pilihan untuk melakukan perkara yang SUKA dilakukan. Dan menjadi perkara biasa, perkara yang kita tak suka kita lakukan adalah perkara yang PERLU kita lakukan. Manakala perkara yang kita suka adalah perkara yang kita TAK PERLU lakukan. Kedua-