Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Aku

Berjalannya 'Aku', Umpama aliran air, Terus berjalan tetap mengalir, Bergeraknya 'Aku', Masakan tidak menunggu sesiapa, Yang leka akan terus leka, Yang peka akan sentiasa bersedia, Kerana 'Aku' tidak mengenal siapa. Berjalannya 'Aku', Umpama hidupnya Sang Gah Perkasa, Tatkala fajar menjelma, Namun matinya dibalik merah menyala, Hadirnya 'Aku' disaat mata-mata terkatup lena, Hilangnya 'Aku' disaat sesal tiada berguna, Gelak tawa galak kedengaran, Cerca nista masih berhamburan, Tak sedar 'Aku' semakin meninggalkan, Mengubur harapan ke syurga impian, Lantas terjerumus bersama syaitan. Disinilah 'Aku', Berjalan dalam sangkar kehidupan, Bersama dengan mereka yang peka, Berpaling daripada mereka yang leka, Siapakah 'Aku' ? MASA.

Belajarlah Daripada 'Si Perlahan'

Saat berganti saat. Minit berganti minit. Jam berganti jam. Hinggakan waktu sudahpun melangkah masuk ke hari yang baharu. Meninggalkan segala apa yang berlalu kebelakang tanpa dibenarkan menoleh lagi. Itulah kita - sentiasa melupakan apa yang dibelakang sehingga lalai memandang 'cahaya' dihadapan. Bukan makin sedar, tapi makin leka. Melangkah hingga tak sedar gaung didepan mata. 2017 sudahpun kita tinggalkan manakala 2018 pula kita jemput. Yang merasakan ianya 'biasa-biasa' , akan menjalani hari seperti biasa. Yang merasakan diri seperti makin menuju kematian, akan mula berusaha mendapatkan apa yang tertinggal dan apa yang tidak terlaksana pada tahun-tahun yang lalu. Maka mulalah kita menetapkan azam yang mahu dicapai - perkara yang mahu dicapai dan dilakukan. Tetapi, sejauh mana? Timbul idea untuk menulis tentang tajuk kali ini -  Belajarlah daripada 'Si Perlahan'. Siapa 'Si Perlahan' yang saya maksudkan? Siput? Koala? Hahaha. Semestinya Sang Kura-