Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Niat Gagal, Ibadah Tinggal?

I'm back! Huahuahua. Lama sangat rasanya saya tak menulis. Agaknya terlampau banyak beraktiviti sampaikan saya kekeringan 'idea' untuk menulis. Baru-baru ini, sahabat saya bertanyakan mengenai artikel-artikel yang saya dah lama tak tulis. What kind of this CerDak (Cerita Dakwah)? Hahahaha. Turun naik turun naik sahaja. Saya terkejut jugak sebab sahabat saya ini rajin 'check' blog saya ni. Hahaha. Jazakallah. Hayya Encik Harzan, macam mana ni? Kata nak jadi penulis? Huhuhuhu. InshaaAllah, saya dah ada masa ni. Rajin-rajin lah sikit menulis kot. Hehe. Saya sebenarnya bercadang nak karut-karut saja kali ni tapi..  Mungkin ada topik yang boleh saya tulis. "Kenapa kau dah berubah? Selama ni kau okey je" "Sebab niat aku tak betul" "Apa yang tak betul?" "Aku tak ikhlas berubah. So aku tinggalkan. Selama ni aku berubah sbb terpaksa" Speechless. Saya tak tahu nak cakap apa.  Perlukah menunggu 'Ikhl
Huarghh.. Baru ada masa nak menaip.. Itu pun saya cuma nak buat comeback je.. Idea asalnya nak menulis sebaik sahaja habis Pt3. Tapi takda kesempatan pulak huhu.. Takpelah.. Nanti-nantilah.. Saya banyak lagi aktiviti di sekolah.. Jumpa lagi! Cekalkan Hati, Tabahkan Diri Pena si Musafir 

Sebenarnya Salah Siapa?

Sedih. Saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Segala apa yang terjadi menyesakkan kepala saya. Apabila saya mencuba, ada saja yang tidak terima. Saya teringat pesanan ustaz saya merangkap ketua nuqaba' sekolah saya ; " Sekarang ni kita dah kena mula fikir pasal masalah umat. Dah banyak sangat perkara yang terjadi. Kita kena fikir untuk selesaikan. Memang berat. Akademik, Al-Quran, Umat lagi. Tapi itu tugas kita" Saya mengakuinya. Masalah umat diluar sana menjadi masalah kami juga. Namun jika masalah yang didalam masih belum diselesaikan, mana mungkin masalah yang diluar akan tamat?  Maaflah saya terus straight to the point . Takda pasal Pt3 lagi. Sebab saya terlalu sedih. Sesuatu ujian yang mendatang, dicela sehabis mungkin. Bukan sahaja orang biasa-biasa, malahan ada juga yang luar biasa! Perlukah mencela sesuatu yang sememangnya datang daripada Allah? Saya teringat kisah kawan saya yang berazam nak berubah. Daripada kejahatan kepada kebaikan, daripada mencarut

Sehari Sebagai Pencuri ?

Tik tok. Tik tok. Terasa sekejap sangat masa bergerak. Sedar atau tidak, Pt3 tinggal sebulan lebih. Kadang, saya pelik jugak. Sebab setiap permulaan entry saya, saya selalu perkatakan tentang Pt3. Hahaha, sebenarnya saya taknak tulis direct terus. Bosan. Untuk rakan-rakan seperjuangan Pt3 saya, bertabahlah. Sebagai pelajar, mesti pandai curi masa untuk belajar. Okey takpelah. Saya teruskan. Firman Allah mafhumNya ; "Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah kedua tangan mereka sebagai balasan kepada apa yang mereka lakukan dan sebagai azab daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" -Al Maaidah ayat 38- Pernah dengar? Cliche, kan? Mungkin hampir setiap kali tajuk berkaitan pencuri, ayat diatas menjadi pilihan. Sehinggakan tidak timbul lagi perasaan takut dalam hati. Hati yang dahulunya secantik laut, akhirnya menjadi seburuk-buruk taghut. Kenapa? Sebab merasakan ianya suatu kebiasaan. J

Jawatan Menghijab Teguran?

'Kadang, Hati terpunduk menangis sayu, Laku yang hanya mampu dilihat, Terus! Mulut terkunci rapat, Irama dan lantunan kata terkubur tanpa nisan, Sepatutnya aku mencuba, Namun mengapa?' Hm. Rasanya dah lama saya tak buat sajak. Mengenangkan 'Encik Pt3 yang akan datang jumpa saya beberapa bulan lagi membuatkan otak dan jari saya seperti dibius daripada terus menulis. Tak sabar nak jumpa 'Encik Pt3' kot. Huhu.. Nak kata saya hebat menulis, hakikatnya biasa-biasa saja. Saya masih tak mampu tandingi mereka-mereka yang lebih berpengalaman. Bersuara? Mungkin.. Perlukah saya berdiam? Sekali-kali tidak! Sebab hakikat Islam perlu ditegakkan. Saya teringat program Ikon Syabab ( IS ) yang saya sertai di sekolah saya baru-baru ini. Lebih kurang macam Pencetus Ummah. Tahun-tahun sebelum ni pun ada cuma namanya sahaja yang ditukar. Alhamdulillah, saya dapat bertanding hingga ke peringkat akhir. Jadi, kenapa saya memilih untuk menulis daripada bersuara?

Memaafkan, Lemah atau Kalah?

Rasanya dah lama saya tak menulis. Yalah. Semangat beraya, idea pun nak 'raya' jugak. Family saya pun memang suka berjalan. Melaka. Perak. Selangor. Johor. Negeri Sembilan. Pahang. Ada lagi? Agaknya sebab saya rajin berjalan, jadi jari saya pun malas bergerak. Ada yang menziarah hanya untuk dapatkan duit raya. Ada pula yang menziarah untuk bertanya khabar dan meminta maaf. Well, klise kan? Hari Raya sering dikaitkan dengan kemaafan. Sedangkan tidak perlu menunggu Hari Raya untuk meminta maaf. Mungkin ada yang memandang remeh. " Eleh . Ejek sikit je nak terasa ." Well, nyamuk biasa yang menggigit pun akan menyebabkan seseorang itu tidak selesa ataupun terjaga daripada lena, inikan pula hirisan mata pedang. Saya teringat kata-kata kawan saya yang tidak berapa sukakan perempuan. " Ish menyampah lah aku . Kalau macamni takyah kahwin lah besar nanti . Menyusahkan ." luahnya. " Kalau macam tu , tak l

Adat atau Syariat?

" Dah pukul berapa eh?" "4.30 petang" Saya pandang kawan saya. Selesai turun daripada bas, saya cepat-cepat ambik bagasi saya. Alhamdulillah dah sampai. Walaupun cuti tiga hari sahaja, saya sangat gembira. Yalah, bukan senang nak dapat cuti. Sejurus selepas itu, saya masuk dalam bangunan putih itu. Nak kata sejuk, tak sejuk. Nak kata panas, tak panas. Bolehlaa~ Saya beratur. Sahabat saya berada dihadapan sedikit. Saya tercari-cari board stesen pertukaran KTM. YaAllah takutnya. Ini kali pertama saya naik keretapi sesudah 3tahun berlalu. Dulu-dulu saya rajin la naik benda alah ni. Itupun sebab ada lawatan. Sekali je naik lepastu tak naik dah. Kawan saya kata harga tiket murah. Yalah, daripada Tampin ke Bandar Tasik Selatan tidaklah jauh seperti yang disangka. Waktu itu saya tengah khusyuk baca jadual pertukaran stesen KTM Tampin. Saya perasan jugalah yang bukan kami sahaja pelajar MRSM. Ada lagi beberapa orang pelajar MRSM lain. Sahabat saya mencelah. &

Balasan Atau Ujian ?

"Harzan. Enta takde post baru ke kat blogspot? Setiap hari ana bukak, takde benda baru"  Hmm. Itulah. Bila dah bergelar 'Calon Pt3' , memang sikit sangat masa nak menghadap komputer. Nak belajar pun, kepala dah hang  (Hang kat sini maksudnya tersangkut. Bukannya slang Negeri Kedah ye.. Hehe) sebab baru lepas kerja kursus sejarah. Lagipun, memang saya sudah jarang menulis. Tambahan pula, Pt3 semakin berlari kearah saya (huhu) jadinya memang idea tak singgah-singgah.  Yalah. Dalam perjalanan mengejar KEJAYAAN, PENGORBANAN   merupakan antara perkara yang perlu dilakukan. Sebut tentang pengorbanan, saya teringat kisah yang berlaku antara saya dan kawan saya. Sebaik sahaja selesai solat, saya capai sebuah Al-Quran kemudian duduk dekat satu bahagian surau. Tiba-tiba, saya disapa. "Harzan. Macam mana nak baca ni ?" Saya pandang dia. Dia tunjukkan dekat saya nombor-nombor yang terdapat di belakang Al-Quran Tafsir misalnya 3:174 dan s

Mujahid Pena

Hmm. Lama tak update blogspot ni. Boleh kira berhabuk jugaklah. ' Kalau dah berhabuk, sapu lah' Hahaha. Nice try. Memandangkan tahun ni pun nak PT3, nak kata berdebar pun berdebar jugaklah. Saya termenung. Dah lama tak buat sajak. Pen saya masih kat atas buku. Aduh. Idea. Idea. Idea, come to papa! So saya decide. PERJUANGAN . Hmm. Sound interesting. Saya dah ada idea. Baiklah. Pen On! Sing! Sing! Kilasan pedang berganti, Tujahan tombak beserta anak panah, Menghiasi lautan darah nan merah, Alunan derap langkah semakin lengang, Turunlah Sang Khalifah daripada pelana, Kegembiraan mengingkap tirai kesedihan, Dengan tertegaknya panji kecil, \Pengorbanan bernama kematian dibela kemenangan. Namun kini, Pena menggantikan bicara, Lihatlah, Sasaran senapang memakan nyawa, Tebakan parang mencantas cuma, Mereka ber'perang' bukan kerana-Nya, Tetapi lebih kepada, Nafsu serakah semata, Maka wujudlah, Tingkahan berani mati dengan taja