Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Jawatan Menghijab Teguran?

'Kadang, Hati terpunduk menangis sayu, Laku yang hanya mampu dilihat, Terus! Mulut terkunci rapat, Irama dan lantunan kata terkubur tanpa nisan, Sepatutnya aku mencuba, Namun mengapa?' Hm. Rasanya dah lama saya tak buat sajak. Mengenangkan 'Encik Pt3 yang akan datang jumpa saya beberapa bulan lagi membuatkan otak dan jari saya seperti dibius daripada terus menulis. Tak sabar nak jumpa 'Encik Pt3' kot. Huhu.. Nak kata saya hebat menulis, hakikatnya biasa-biasa saja. Saya masih tak mampu tandingi mereka-mereka yang lebih berpengalaman. Bersuara? Mungkin.. Perlukah saya berdiam? Sekali-kali tidak! Sebab hakikat Islam perlu ditegakkan. Saya teringat program Ikon Syabab ( IS ) yang saya sertai di sekolah saya baru-baru ini. Lebih kurang macam Pencetus Ummah. Tahun-tahun sebelum ni pun ada cuma namanya sahaja yang ditukar. Alhamdulillah, saya dapat bertanding hingga ke peringkat akhir. Jadi, kenapa saya memilih untuk menulis daripada bersuara?