Skip to main content

Niat Gagal, Ibadah Tinggal?

I'm back! Huahuahua.

Lama sangat rasanya saya tak menulis. Agaknya terlampau banyak beraktiviti sampaikan saya kekeringan 'idea' untuk menulis. Baru-baru ini, sahabat saya bertanyakan mengenai artikel-artikel yang saya dah lama tak tulis.

What kind of this CerDak (Cerita Dakwah)? Hahahaha. Turun naik turun naik sahaja. Saya terkejut jugak sebab sahabat saya ini rajin 'check' blog saya ni. Hahaha. Jazakallah.


Hayya Encik Harzan, macam mana ni? Kata nak jadi penulis? Huhuhuhu.

InshaaAllah, saya dah ada masa ni. Rajin-rajin lah sikit menulis kot. Hehe. Saya sebenarnya bercadang nak karut-karut saja kali ni tapi.. 

Mungkin ada topik yang boleh saya tulis.


"Kenapa kau dah berubah? Selama ni kau okey je"

"Sebab niat aku tak betul"

"Apa yang tak betul?"

"Aku tak ikhlas berubah. So aku tinggalkan. Selama ni aku berubah sbb terpaksa"

Speechless.

Saya tak tahu nak cakap apa. 

Perlukah menunggu 'Ikhlas' datang baru hendak beribadah dan berubah? Ya, memang benar. Niat yang betul diperlukan dalam setiap perkara. Namun, sampai bila? 

Seringkali kita mendengarkan kata-kata; 

"Kalau nak tunggu jadi baik baru nak tegur, sampai bila-bila takkan ada yang menegur"

Sama juga. Perlukah menunggu Ikhlas baru hendak bergerak? 

Saya teringat sahabat saya yang 'frust' kerana tersangkut ketika menjadi Imam di masjid di rumahnya.
"Ana tersangkut baca waktu jadi imam. Frust nyaaa!"

"Oh.. Enta baca surah apa?"

"Juz 28.. Enta rasa?"

"Surah yang enta selalu sangkut tu?"

"Haah. Ana fikir nak pecahkan rekod untuk tak salah sampai mati" 

Checkmate! Itulah dia. Kadang-kadang Allah sengaja bagi kita tersalah dalam sesuatu perkara misalnya, untuk menyedarkan bahawa kita masih lagi insan biasa yang sering melakukan kesalahan. 

Kesudahannya? Ada yang berhenti bekerja kerana dimarahi, ada yang berhenti berdakwah kerana dikecam, ada yang berhenti menjadi bilal kerana ditegur. 

Saya teringat pesanan seseorang ketika diakhir hayatnya (saya terlupa siapa orangnya). 
Antaranya ialah;

"Beribadah biar sampai ikhlas, bukan tunggu ikhlas baru beribadah" 

Persoalannya, sampai bila? Akibat niat yang gagal, maka kesudahannya ibadah terus ditinggal! 

Cekalkan Hati, Tabahkan Diri
Pena Si Musafir

Comments

Popular posts from this blog

Sangka Baik Mematangkan Fikiran

Cuti MC 5 hari. Aduh. Bosan yang teramat! Nak menulis, tangan sakit. Nak menaip, tangan sakit. Nak makan? Alhamdulillah okey lagi. Haha. Setiap ujian yang mendatang perlulah disertakan dengan sangka baik, bukan? Hatta ujian dalam menuntut ilmu sekalipun. Macam kawan saya pernah sebut, "Bersabarlah. Ujian dalam menuntut ilmu itu biasalah. Moga kau kuat" Saya berterima kasih dekat dia. Doa saya selalu, semoga Allah memelihara dia dengan sebaik baik pemeliharaan dan penjagaan. Namanya sentiasa disebut dalam doa kerana dia merupakan insan yang mempunyai visi dan misi yang jelas untuk ummat. Back to the topic. "Korang semua nak tau tak?" saya mula memasang umpan. Hanya kami yang tinggal di dalam Dewan Selera. Aktiviti dan urusan yang agak banyak menjadikan kami terlewat makan 'supper'.  Macam biasa, kami akan bergerak bersama-sama. Tiba-tiba saya teringat kata-kata seorang 'Ustaz Debator' sekolah saya; "Kaum perempuan mem

"Kami bukan Malaikat!"

"Harzan, gi siap-siap nak pergi surau, pastu kemas apa yang patut. Buat checklist semua. Takut ada apa apa yang tertinggal" arah beliau. Saya masih berbaring diatas sofa. Azan yang telah berkumandang tadi menandakan subuh dah masuk. Saya masih memusingkan rubic cube. Saya mengeluh halus. Saya pun bergerak untuk ambik wudhu'. Baru sebentar tadi saya dibebel mengenai tarawih di surau. Beliau kaitkan dengan darjat seorang penghafaz Al-Quran. Saya bungkam. 'Golongan penghafaz quran seperti kami ini selalu sangat dipandang seperti malaikat oleh orang ramai. Kalau tak buat sikit, mulalah.' Kadang-kadang saya salahkan diri saya. Kenapa saya hafaz quran? Kadang-kadang saya menyesal sebab hafaz quran. Nauzubillah. 'Aku hanyalah seorang manusia yang Zaluman (teramat zalim) dan Jahulan (teramat bodoh). Sebab aku yang sanggup mengambil risiko menjadi seorang penghafaz al-quran kemudian tidak menunaikan tanggungjawab.' "Golongan kami bukanlah malaik

Dari Siapa?

Azfar menghempas pintu bilik. Dia tertekan. Beg jenama Adidas berwarna merah yang disandangnya dari tadi dilemparkan ke atas katil. Dia duduk diatas birai katil. Azfar termangu. Peristiwa yang berlaku di surau sewaktu program usrah tadi masih membakar jiwanya. Dikerah segala memori yang berlaku tadi.  "Eh ABANG Azfar! Hahaha! Sejak bila kau jadi Naqib ni?" laung seseorang. Azfar yang sedang memberikan tazkirah ringkas kepada ahli usrahnya,terhenti seketika. Program Usrah yang berjalan disekolahnya ditetapkan oleh pihak BADAR. Kebiasaanya, Nuqaba' akan mula dilantik seawal tingkatan 3 dan ahli usrahnya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 1. Sudah tiga tahun Azfar memegang jawatan sebagai Naqib. Pada malam itu rakannya, Irfan tiada di surau kerana sibuk menguruskan hal ehwal BADAR. Jadi, Irfan berhasrat agar usrahnya dapat digabungkan bersama usrah Azfar. Empat belas mata sedang menoleh kearah suara tersebut. Kelihatan empat orang pelajar sebaya Azfar memakai jubah