Skip to main content

Belajarlah Daripada 'Si Perlahan'

Saat berganti saat. Minit berganti minit. Jam berganti jam. Hinggakan waktu sudahpun melangkah masuk ke hari yang baharu. Meninggalkan segala apa yang berlalu kebelakang tanpa dibenarkan menoleh lagi. Itulah kita - sentiasa melupakan apa yang dibelakang sehingga lalai memandang 'cahaya' dihadapan. Bukan makin sedar, tapi makin leka. Melangkah hingga tak sedar gaung didepan mata.

2017 sudahpun kita tinggalkan manakala 2018 pula kita jemput. Yang merasakan ianya 'biasa-biasa' , akan menjalani hari seperti biasa. Yang merasakan diri seperti makin menuju kematian, akan mula berusaha mendapatkan apa yang tertinggal dan apa yang tidak terlaksana pada tahun-tahun yang lalu. Maka mulalah kita menetapkan azam yang mahu dicapai - perkara yang mahu dicapai dan dilakukan. Tetapi, sejauh mana?

Timbul idea untuk menulis tentang tajuk kali ini - Belajarlah daripada 'Si Perlahan'. Siapa 'Si Perlahan' yang saya maksudkan? Siput? Koala? Hahaha. Semestinya Sang Kura-Kura.

Sejak kecil kita disajikan dengan cerita rakyat Kura-kura berlumba bersama Arnab dalam banyak versi. Arnab pada mulanya melihat kura-kura bergerak terlalu perlahan lalu mencabar kura-kura dalam satu perlumbaan. Setelah perlumbaan dimulakan, arnab terus memecut dengan pantas meninggalkan kura-kura yang merangkak dibelakang. Pada pertengahan jalan, arnab berhenti rehat dibawah pokok. Kura-kura tetap meneruskan langkahnya. Siapakah yang menang akhirnya? Arnab yang kita rasakan sepatutnya menjadi pemenang kerana kekuatan kaki dan kepantasan berlari akhirnya kalah kepada kura-kura yang bergerak perlahan dan mempunyai cengkerang berat. Apa yang kita dapat belajar daripada sifat-sifat yang ada pada kura-kura?
  • Kaki yang kecil.
    Memang pada asalnya kita melihat kaki kura-kura kecil dan begerak terlampau perlahan. Tapi apa yang membuatkan kura-kura menang pada akhirnya? Semangat dan Istiqamah. Kecilnya kura-kura dan perlahannya pergerakan kura-kura umpama diri kita sendiri yang mempunyai banyak kelemahan seperti kelemahan dalam subjek, sukan, kerja, bakat atau apa apa sekalipun. Namun dengan kesungguhan, arnab dapat 'overcome' kelemahannya dengan kesungguhan dan semangat yang dia ada. Adakah arnab membuang cengkerangnya, melakukan pembedahan pada kakinya untuk menang? Tidak. Sama macam kita sendiri. Perlukah meniru untuk berjaya dalam exam? Perlukah berlaku khianat untuk berjaya dalam kerja? Hanya kekerasan usaha, kesungguhan dan azam yang diperlukan untuk mengatasi kelemahan. Tidak perlu hipokrit - menjadi orang lain sepenuhnya untuk berjaya dalam sesuatu. Percaya pada diri (self-trust) dan teruskan melangkah.
  • Cengkerang yang berat.
    Cengkerang yang berat juga menjadi faktor penghalang untuk kura-kura mencapai kemenangan. Kita umpamakan cengkerang yang berat ialah bebanan yang ada pada kita dalam hidup. 'Cengkerang' dalam hidup kita merupakan cabaran dalam hidup yang semestinya kita hadapi untuk berjaya. Misalnya tugas menjaga amanah, menjaga keluarga, menyara kehidupan sendiri ataupun ahli keluarga, mendidik murid dan sebagainya. Kadangkala kita merasakan 'cengkerang-cengkerang' inilah yang mengganggu kita. Tapi sedarkah kita bahawa kura-kura tidak sedikitpun menyalahkan 'cengkerang'nya sebelum perlawanan? Kura-kura sedar bahawa cengkerangnya tidak boleh dibuang maka cengkerangnya akan menjadi halangan terbesar untuk dia mencapai kemenangan. Tetapi kura-kura tetap bersabar dan belajar bahawa 'cengkerang'nya tidak boleh dibuang semata-mata untuk kepentingan diri. Sama seperti kita. Kita tidak akan terlepas daripada 'cengkerang' (bukan maksudnya ada cengkerang besar yang akan ikut kita haha jangan tafsirkan secara literal ya). Setiap manusia mempunyai halangan-halangan yang tersendiri, bebanan-bebanan yang tersendiri. Adakah dengan melarikan diri daripada masalah akan menjadikan sesuatu perkara itu selesai? Tidak. Malah mempelajari dan menyelesaikan masalah adalah sesuatu yang lebih utama. Adakah kura-kura memaksa dirinya untuk bergerak dengan lebih laju tanpa memikirkan cengkerangnya yang berat? Tidak. Malah kura-kura sedar bahawa cengkerangnya akan menyebabkan dia hilang keseimbangan badan dan terjatuh lalu kura-kura berjalan dengan berhati-hati. Mahukah 'cengkerang' atau bebanan lama yang kita hadapi datang mengganggu hidup kita setelah lama kita ber'lari'? Kemudian menimpa kita lalu kita terjatuh? Kemana hala tuju seterusnya? Membunuh diri?
  • Sikap merendah diri.Ini juga merupakan elemen terpenting yang harus kita sedar. Kura-kura tetap merendah hati dan merendah diri walaupun memenangi perlumbaan yang boleh dikatakan agak mustahil. Adakah kura-kura mengejek arnab yang kalah pada akhir perlumbaan dan merendah-rendahkan arnab? Tidak. Malah, sewaktu kura-kura menyedari arnab tertidur pada pertengahan jalan pun kura-kura tetap tidak berasa bangga dan mengutuk arnab kerana merendahkannya didalam hati. Kura-kura hanya terus berjalan sehingga berjaya. Inilah konsep hati iaitu tawadhu'. Kadangkala, kita sedar yang kita berada di jalan yang benar dan mereka yang mengejek kita berada di jalan yang salah. Tetapi sikap kita sendiri yang selalu mengatakan;
 "Eleh kau yang salah. Kau tengoklah aku gelakkan kau nanti"

Sikap beginilah yang akhirnya memakan diri. Kura-kura tidak 'over-confident' apabila mengetahui arnab tertidur ditengah jalan kerana kura-kura sedar yang apa sahaja boleh berlaku di 'pertengahan jalan'. Kura-kura terus berjalan tidak menghiraukan arnab tersebut. Manakala kita yang belum berjaya lalu merendahkan mereka, tiba-tiba Allah uji dengan kekalahan kita. Siapakah yang perlu dipersalahkan? Allah atau diri sendiri?

Inilah yang mungkin sedikit sebanyak dapat kita pelajari daripada haiwan kecil ini. Semangat, kesabaran dan tawadhuk menjadikan kita seorang yang berjaya didunia malah diakhirat. Dalam menjalani hidup, bukanlah 'Singa Si Megah' sahaja yang boleh dijadikan idola dan pengajaran tetapi jadikanlah juga 'Kura-Kura Si Perlahan' sebagai panduan dalam kehidupan!

tinta yang tak seberapa,
Pena Si Musafir
p/s ; saya nak tunjukkan gambar kura-kura comel saya lukis sewaktu slot bersama guru kaunseling masa KIKS F4 (Kemahiran Insaniah Kemahiran Subjek) beberapa hari lepas disekolah saya. tapi tertinggal kat sekolah hm. KIKS ni saya dan kawan-kawan perlu ikut sebulan. sebab tu sibuk sikit heheh. semoga berjumpa di lain masa !

Comments

Popular posts from this blog

Sangka Baik Mematangkan Fikiran

Cuti MC 5 hari. Aduh. Bosan yang teramat! Nak menulis, tangan sakit. Nak menaip, tangan sakit. Nak makan? Alhamdulillah okey lagi. Haha. Setiap ujian yang mendatang perlulah disertakan dengan sangka baik, bukan? Hatta ujian dalam menuntut ilmu sekalipun. Macam kawan saya pernah sebut, "Bersabarlah. Ujian dalam menuntut ilmu itu biasalah. Moga kau kuat" Saya berterima kasih dekat dia. Doa saya selalu, semoga Allah memelihara dia dengan sebaik baik pemeliharaan dan penjagaan. Namanya sentiasa disebut dalam doa kerana dia merupakan insan yang mempunyai visi dan misi yang jelas untuk ummat. Back to the topic. "Korang semua nak tau tak?" saya mula memasang umpan. Hanya kami yang tinggal di dalam Dewan Selera. Aktiviti dan urusan yang agak banyak menjadikan kami terlewat makan 'supper'.  Macam biasa, kami akan bergerak bersama-sama. Tiba-tiba saya teringat kata-kata seorang 'Ustaz Debator' sekolah saya; "Kaum perempuan mem

"Kami bukan Malaikat!"

"Harzan, gi siap-siap nak pergi surau, pastu kemas apa yang patut. Buat checklist semua. Takut ada apa apa yang tertinggal" arah beliau. Saya masih berbaring diatas sofa. Azan yang telah berkumandang tadi menandakan subuh dah masuk. Saya masih memusingkan rubic cube. Saya mengeluh halus. Saya pun bergerak untuk ambik wudhu'. Baru sebentar tadi saya dibebel mengenai tarawih di surau. Beliau kaitkan dengan darjat seorang penghafaz Al-Quran. Saya bungkam. 'Golongan penghafaz quran seperti kami ini selalu sangat dipandang seperti malaikat oleh orang ramai. Kalau tak buat sikit, mulalah.' Kadang-kadang saya salahkan diri saya. Kenapa saya hafaz quran? Kadang-kadang saya menyesal sebab hafaz quran. Nauzubillah. 'Aku hanyalah seorang manusia yang Zaluman (teramat zalim) dan Jahulan (teramat bodoh). Sebab aku yang sanggup mengambil risiko menjadi seorang penghafaz al-quran kemudian tidak menunaikan tanggungjawab.' "Golongan kami bukanlah malaik

Dari Siapa?

Azfar menghempas pintu bilik. Dia tertekan. Beg jenama Adidas berwarna merah yang disandangnya dari tadi dilemparkan ke atas katil. Dia duduk diatas birai katil. Azfar termangu. Peristiwa yang berlaku di surau sewaktu program usrah tadi masih membakar jiwanya. Dikerah segala memori yang berlaku tadi.  "Eh ABANG Azfar! Hahaha! Sejak bila kau jadi Naqib ni?" laung seseorang. Azfar yang sedang memberikan tazkirah ringkas kepada ahli usrahnya,terhenti seketika. Program Usrah yang berjalan disekolahnya ditetapkan oleh pihak BADAR. Kebiasaanya, Nuqaba' akan mula dilantik seawal tingkatan 3 dan ahli usrahnya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 1. Sudah tiga tahun Azfar memegang jawatan sebagai Naqib. Pada malam itu rakannya, Irfan tiada di surau kerana sibuk menguruskan hal ehwal BADAR. Jadi, Irfan berhasrat agar usrahnya dapat digabungkan bersama usrah Azfar. Empat belas mata sedang menoleh kearah suara tersebut. Kelihatan empat orang pelajar sebaya Azfar memakai jubah