Skip to main content

Mampu?

"Tendang! Tendang!" 

Angin pada petang itu meniup lembut. Bayu semilir yang dibawa mampu melenakan sesiapa sahaja. Kelihatan sekumpulan remaja lelaki sedang bermain bola sepak di padang yang jaraknya tidak terlalu jauh dengan blok akademik. Padang seluas mata memandang itulah menjadi tempat bergembira; meluah rasa dan menenangkan fikiran daripada timbunan masalah yang membebankan. Dua nikmat yang sering dilupakan; masa lapang dan kesihatan. Itulah manusia. Meminta ketika susah, berpaling ketika senang.

Padang itu menjadi tatapannya kini. Remaja berjubah biru muda dan bertudung labuh berwarna hitam itu melontar jauh pandangannya. Menghayati dan menikmati selagi nafas belum di kerongkong. Terpacul kalimah syukur atas nikmat yang tidak terhingga.

"Tsk..tsk..tskk"

Dia menoleh. Suara teresak-esak itu kedengaran dekat. Matanya tertancap pada kerusi wakaf putih yang terletak berhampiran musolla. Seorang remaja sebayanya berjubah merah hati dan bertudung hitam labuh sedang menangis. Dia bergegas menuju ke kerusi wakaf tersebut.

"Assalamualaikum. Hafeezah, awak buat apa kat sini?" sapanya.

Hafeezah terkejut. Dia menyeka air matanya.

"Eh. Takde pape lah. Saje tengok pemandangan petang ni haaa.." Hafeezah tersenyum pahit.

"Ooo. Saya terdengar awak menangis tadi. Awak ada masalah?" dia segera mengambil tempat disebelah Hafeezah.

"Takde.." Hafeezah melirik senyum. Jelas senyum yang cuba dibuat-buat.

"Ceritaaalaahh.." pujuk dia. 

"Awak boleh ke dengar masalah saya, Atheerah?" soal Hafeezah.

Gadis bernama Atheerah Ameera tersebut mengangguk perlahan. 

"Sebenarnya macam ni .." Hafeezah membuka cerita.

"Saya sebenarnya tertekan. Orang banyak mengata saya sebab tak bawak imej jawatan yang saya pegang. Kadang-kadang saya cuba tapi terasa saya ni meniru orang lain. Saya cuba tapi mesti ada orang cakap saya ni FAKE la ape la. Saya penat. Tertekan. Cuba tengok awak. Mana ada orang dengki, kata bagai. Jawatan awak pun MPP, jauh lebih tinggi daripada saya..''

Atheerah mendengar dengan tenang. Membiarkan rakannya meluah rasa yang terbuku. 

Usai bercerita, Atheerah mengeluh kecil. Atheerah berfikir sebelum membuka bicara.

"Hafeezah, listen here. Saya pun sebenarnya macam awak. Bukan semua orang suka saya. Sebagai pemimpin, memang ianya LUMRAH untuk ada orang yang minat kita dan orang yang benci kita.

Kadang, memang kita rasa tertekan. Orang mengata, kutuk even kita tak buat apa apa.

TAPI, segala kutukan itulah yang membina siapa kita, siapa diri kita yang sebenarnya. Kadang mereka banyak mencari salah berbanding kebaikan yang kita berikan. Umpamanya awak ambik sehelai kertas putih, awak titikkan satu titik hitam kat tengah-tengah kertas tu guna marker. 

Dan TANYA kat mereka, apa yang mereka nampak?

Ye. Tititk hitam tu. Ada siapa yang peduli tentang putih kertas tu yang jauh lebih banyak berbanding satu titik hitam yang ada kat kertas tu? 

Hidup memang tak boleh puaskan hati sesiapa. Just be yourself, okay? Cuma jangan jadikan ianya alasan untuk buat kesalahan. Usaha elak walaupun sekecil perkara.

Kita bekerja untuk siapa? Ya, untuk Dia bukan mereka.

Saya bukanlah sesempurna yang awak sangka. Actually MPP sangatlah berat untuk saya tanggung. Saya takut, andai apa yang dipertanggungjawabkan diatas saya tapi saya tak jalankan dengan sebaiknya, Dia akan soal nanti. Walaupun perkara kecik dan dianggap remeh namun masih dalam ruang kerja kita, bebannya masih diatas kita. 

Hatta Nabi S.A.W pernah bersabda mafhumnya; Setiap daripada kamu ialah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu pimpin.. 

Bapa menjadi pemimpin keluarga, pembawa menuju syurga. Ibu menjadi ikon kepada semua, mencorak anak hingga berjaya. Abang memimpin adik-adik agar tak tercicir perkara yang sepatutnya. Guru pelita ilmu kepada pelajar. Pelajar bakal peneraju negara.

Hatta, kita yang merupakan pemimpin kepada diri sendiri akan disoal; apa usaha untuk meraih syurga Dia? Hanya berdiam dan mengecam? Hanya berbangga dengan nama tanpa usaha? Hanya mendabik tinggi kerana blazer , tanpa rasa ingin melihat mereka yang jauh dibawah?" hujah Atheerah. 

Hafeezah terkedu. Air mata yang sedari tadi ditahan akhirnya tumpah sederas empangan pecah. Atheerah yang berada dihadapan didakap erat. Atheerah melirik senyuman.

Ya. Memimpin perkara yang berat. Oleh itu kehadiran Akal dan Hati amatlah diperlukan dalam mempimpin. Pemimpin bukan sekadar duduk diatas singgahsana dan menghukum dan mengarah sana-sini. Tetapi pemimpin lebih kepada mengajar dan mengajak dan berjaya bersama. Mampu?



Comments

  1. Tulisan ilmiah yang membina. Bagus. Tingkatkan usaha bro

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sangka Baik Mematangkan Fikiran

Cuti MC 5 hari. Aduh. Bosan yang teramat! Nak menulis, tangan sakit. Nak menaip, tangan sakit. Nak makan? Alhamdulillah okey lagi. Haha. Setiap ujian yang mendatang perlulah disertakan dengan sangka baik, bukan? Hatta ujian dalam menuntut ilmu sekalipun. Macam kawan saya pernah sebut, "Bersabarlah. Ujian dalam menuntut ilmu itu biasalah. Moga kau kuat" Saya berterima kasih dekat dia. Doa saya selalu, semoga Allah memelihara dia dengan sebaik baik pemeliharaan dan penjagaan. Namanya sentiasa disebut dalam doa kerana dia merupakan insan yang mempunyai visi dan misi yang jelas untuk ummat. Back to the topic. "Korang semua nak tau tak?" saya mula memasang umpan. Hanya kami yang tinggal di dalam Dewan Selera. Aktiviti dan urusan yang agak banyak menjadikan kami terlewat makan 'supper'.  Macam biasa, kami akan bergerak bersama-sama. Tiba-tiba saya teringat kata-kata seorang 'Ustaz Debator' sekolah saya; "Kaum perempuan mem

"Kami bukan Malaikat!"

"Harzan, gi siap-siap nak pergi surau, pastu kemas apa yang patut. Buat checklist semua. Takut ada apa apa yang tertinggal" arah beliau. Saya masih berbaring diatas sofa. Azan yang telah berkumandang tadi menandakan subuh dah masuk. Saya masih memusingkan rubic cube. Saya mengeluh halus. Saya pun bergerak untuk ambik wudhu'. Baru sebentar tadi saya dibebel mengenai tarawih di surau. Beliau kaitkan dengan darjat seorang penghafaz Al-Quran. Saya bungkam. 'Golongan penghafaz quran seperti kami ini selalu sangat dipandang seperti malaikat oleh orang ramai. Kalau tak buat sikit, mulalah.' Kadang-kadang saya salahkan diri saya. Kenapa saya hafaz quran? Kadang-kadang saya menyesal sebab hafaz quran. Nauzubillah. 'Aku hanyalah seorang manusia yang Zaluman (teramat zalim) dan Jahulan (teramat bodoh). Sebab aku yang sanggup mengambil risiko menjadi seorang penghafaz al-quran kemudian tidak menunaikan tanggungjawab.' "Golongan kami bukanlah malaik

Dari Siapa?

Azfar menghempas pintu bilik. Dia tertekan. Beg jenama Adidas berwarna merah yang disandangnya dari tadi dilemparkan ke atas katil. Dia duduk diatas birai katil. Azfar termangu. Peristiwa yang berlaku di surau sewaktu program usrah tadi masih membakar jiwanya. Dikerah segala memori yang berlaku tadi.  "Eh ABANG Azfar! Hahaha! Sejak bila kau jadi Naqib ni?" laung seseorang. Azfar yang sedang memberikan tazkirah ringkas kepada ahli usrahnya,terhenti seketika. Program Usrah yang berjalan disekolahnya ditetapkan oleh pihak BADAR. Kebiasaanya, Nuqaba' akan mula dilantik seawal tingkatan 3 dan ahli usrahnya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 1. Sudah tiga tahun Azfar memegang jawatan sebagai Naqib. Pada malam itu rakannya, Irfan tiada di surau kerana sibuk menguruskan hal ehwal BADAR. Jadi, Irfan berhasrat agar usrahnya dapat digabungkan bersama usrah Azfar. Empat belas mata sedang menoleh kearah suara tersebut. Kelihatan empat orang pelajar sebaya Azfar memakai jubah