Skip to main content

Dari Siapa?

Azfar menghempas pintu bilik. Dia tertekan. Beg jenama Adidas berwarna merah yang disandangnya dari tadi dilemparkan ke atas katil. Dia duduk diatas birai katil. Azfar termangu. Peristiwa yang berlaku di surau sewaktu program usrah tadi masih membakar jiwanya. Dikerah segala memori yang berlaku tadi. 

"Eh ABANG Azfar! Hahaha! Sejak bila kau jadi Naqib ni?" laung seseorang.

Azfar yang sedang memberikan tazkirah ringkas kepada ahli usrahnya,terhenti seketika. Program Usrah yang berjalan disekolahnya ditetapkan oleh pihak BADAR. Kebiasaanya, Nuqaba' akan mula dilantik seawal tingkatan 3 dan ahli usrahnya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 1. Sudah tiga tahun Azfar memegang jawatan sebagai Naqib. Pada malam itu rakannya, Irfan tiada di surau kerana sibuk menguruskan hal ehwal BADAR. Jadi, Irfan berhasrat agar usrahnya dapat digabungkan bersama usrah Azfar.

Empat belas mata sedang menoleh kearah suara tersebut. Kelihatan empat orang pelajar sebaya Azfar memakai jubah berbagai warna berjalan kearah mereka. Azfar menjadi kurang senang.

"Kau takyah acah naqiblah Azfar. Bukannya layak pon"

"Perangai pun tak semenggah. Ada hati nak nasihat orang?"

"Kau dahlah 'function'. Puih"

Mereka terus memprovok Azfar. Azfar mengetap bibir. Kedudukannya yang sedang berdiri diubah kepada duduk. Sesuai dengan hadis nabi tentang cara mengawal marah.

Azfar merenung mereka. Tajam. Hakikatnya, setajam mana mata pedang, hirisan kata-kata jauh lebih menyakitkan. Azfar sering diprovok sebegitu. Azfar menerima provokasi kawan-kawannya sebagai gurauan. Namun, kesabaran dia pada malam itu sudah mencapai langit ketujuh.

Azfar bernafas perlahan.

"Apa masalah korang ni?" tanya Azfar, lembut. 

Dia tidak mahu menimbulkan kekecohan di dalam surau. Lagipun, program usrah malam ahad itu masih berlangsung.

"Takde ape pun. Kitorang cuma nak ingatkan kau. Kau takyah la menjiwai sangat naqib tu. Sebab 'produk-produk' kau semuanya hampeh! Hahaha" jawab mereka. 

"Tulah.Kan aku dah cakap. Mana-mana budak yang rapat ngan Azfar ni semuanya haram! Hahahahaha"

"Dahlah. Buang mase je. Baik pergi makan.Byee ABANG AZFAR. Kehkeh"

Azfar diam membisu. Matanya menyoroti langkah mereka keluar surau. Tanpa tasbih kaffarah dan surah al-asr, Azfar turut melangkah keluar daripada surau. 

***

"Eh. Koyak ke bang?"

Sapaan bernada sindiran yang diikuti gelak tawa itu memecahkan lamunan Azfar. Alep bersama tiga orang lagi rakannya masuk ke dalam bilik Azfar.

Azfar bangun. Kesabarannya dicabar.

"Apa masalah kau hah?" kata Azfar, separuh menjerit. 

"Wowowo. Chill bro. Sekarang ni, apa masalah kau nak marah-marah?" balas Alep.

"Pasal tadi" kata Azfar.

"Pft. Kau ni memang. Kau kene terima hakikat ah. Semua 'produk' kau semuanya buat masalah. Salah siapa lagi? Dari siapa sikap-sikap tu datang kat diorang?" sindir Ammar, berdiri dibelakang Alep. 

Azfar terkesima. Memang betul apa yang diperkatakan. Baru-baru ini, dua orang adik usrahnya dinaikkan kes kerana ditangkap meniru dalam peperiksaan. Ada lagi dua orang yang ditangkap menghina kawan mereka secara provokasi. Azfar sedar perkara itu dan dia pernah menasihati adik-adik usrahnya. Setiap kali program usrah berlangsung juga Azfar akan mengingatkan adik-adik usrahnya. Rahang Azfar bergerak-gerak. Adakah semua kesalahan perlu diletakkan pada dirinya? 

Azfar mengeluh halus. Dia harus kuatkan semangat. Setelah meraih ketenangan, Azfar memulakan bicara. 

"Aku rasa kau terlupa sesuatu. Aku rasa kau sendiri tahu iman tak boleh diwarisi, betul?

Setiap tindakan yang kita ambil, semua bergantung kepada diri sendiri. Yang memerintah jasad kita ialah hati, bukan manusia lain. Setiap keputusan, setiap konsekuensi tindakan semuanya pilihan sendiri, bukan pilihan orang lain! 

Andai kata kau mencuri, mengumpat, tinggalkan solat, merokok, berzina, couple, mengutuk guru atau ibu bapa, mencela fitnah orang sekeliling kau, mencarut,  even kau bangga dengan dosa yang kau dah buat. Saat semua tu dah sebati dalam diri, siapa lagi yang mampu ubah diri kau? 

Ya. KAU. Kau sendiri yang mampu dan perlu ubah. 

Segala nasihat, teguran, usrah tazkirah semua tu hanyalah faktor luaran untuk cari semula kesedaran kita yang dah lama hanyut. Perkara buruk yang kita buat, perkara baik yang kita buat SEMUAnya bergantung kepada pilihan diri sendiri. 

Bilamana sikap kau buruk, relevan tak bila aku katakan 'produk' mak ayah kau buruk? Relevan tak aku salahkan mak ayah kau atas sikap kau?

Tak. Kenapa?

Boleh jadi mak ayah kita dah didik dengan sebaik-baik didikan tapi kita sendiri yang memilih untuk jadi jahat, nakal. Begitu juga sebaliknya. 

Jangan jadikan alasan mak ayah kau jahat untuk terus KEKAL dalam kegelapan. Sebab kau ada pilihan untuk jadi baik. KAU je yang TAKNAK. 

Firman Allah S.W.T mafhumNya; 

"..dan Allah menimpakan kemurkaan keatas mereka yang tidak menggunakan akal fikiran" 

Yunus : 100

Azfar berhenti. Melihat Alep, Ammar dan yang lain tergamam tanpa jawapan, Azfar berjalan keluar daripada dorm.

***
P/s = dah lama rasanya tak menulis. ni pun baru ada kesempatan sikit alhamdulillah. tulah idea pun tersekat je. SPM pun dah dekat huhuhu. semoga bermanfaat! 

Pena Si Musafir 

Comments

Popular posts from this blog

Sangka Baik Mematangkan Fikiran

Cuti MC 5 hari. Aduh. Bosan yang teramat! Nak menulis, tangan sakit. Nak menaip, tangan sakit. Nak makan? Alhamdulillah okey lagi. Haha. Setiap ujian yang mendatang perlulah disertakan dengan sangka baik, bukan? Hatta ujian dalam menuntut ilmu sekalipun. Macam kawan saya pernah sebut, "Bersabarlah. Ujian dalam menuntut ilmu itu biasalah. Moga kau kuat" Saya berterima kasih dekat dia. Doa saya selalu, semoga Allah memelihara dia dengan sebaik baik pemeliharaan dan penjagaan. Namanya sentiasa disebut dalam doa kerana dia merupakan insan yang mempunyai visi dan misi yang jelas untuk ummat. Back to the topic. "Korang semua nak tau tak?" saya mula memasang umpan. Hanya kami yang tinggal di dalam Dewan Selera. Aktiviti dan urusan yang agak banyak menjadikan kami terlewat makan 'supper'.  Macam biasa, kami akan bergerak bersama-sama. Tiba-tiba saya teringat kata-kata seorang 'Ustaz Debator' sekolah saya; "Kaum perempuan mem

"Kami bukan Malaikat!"

"Harzan, gi siap-siap nak pergi surau, pastu kemas apa yang patut. Buat checklist semua. Takut ada apa apa yang tertinggal" arah beliau. Saya masih berbaring diatas sofa. Azan yang telah berkumandang tadi menandakan subuh dah masuk. Saya masih memusingkan rubic cube. Saya mengeluh halus. Saya pun bergerak untuk ambik wudhu'. Baru sebentar tadi saya dibebel mengenai tarawih di surau. Beliau kaitkan dengan darjat seorang penghafaz Al-Quran. Saya bungkam. 'Golongan penghafaz quran seperti kami ini selalu sangat dipandang seperti malaikat oleh orang ramai. Kalau tak buat sikit, mulalah.' Kadang-kadang saya salahkan diri saya. Kenapa saya hafaz quran? Kadang-kadang saya menyesal sebab hafaz quran. Nauzubillah. 'Aku hanyalah seorang manusia yang Zaluman (teramat zalim) dan Jahulan (teramat bodoh). Sebab aku yang sanggup mengambil risiko menjadi seorang penghafaz al-quran kemudian tidak menunaikan tanggungjawab.' "Golongan kami bukanlah malaik