Skip to main content

Monolog Hati : Raya. Layak?

"Hm." Saya keluh nafas. Pintu merah itu saya pandang. Susahnyaa. Saya tepuk muka beberapa kali. Come on, senang je! 

Saya menolak perlahan. Saya jalan. Makin lama, telinga saya bingit. Saya tahan sampailah saya sampai ke satu ruang. Waktu itu, mashaAllah bingitnya! 

Menyedari kehadiran saya, dia terus matikan radio. 

"Ehehe. Sori bro. Tak perasan."

"Takpe" saya angkat tangan.

"Haa sila la sila duduk. Nah kerusi" dia capai kerusi berwarna kemudian memberikan kepada saya. 

"Terima kasih."

"Haa ade ape ni? Tetiba je datang?" soalnya ceria.

Saya pandang dia tanpa ekspresi. "Ceria semacam kau ni. Kenape?"

"Ha? Hahaha alaaaaa takkan tak tau bro. It just several days left!" 

"Hm?" dahi saya berkerut. "Untuk apa?"

"Acah pulaakk."

"Takpelah. Lagu ape kau pasang tadi? Bingit gile" saya menukar topik.

"What? Oh. Banyak laa. Yang mane? Ade Satu Hari di Hari Raya, Dua Hari di Hari Raya, Restu Ayah Bonda? Hmm tak ingat lah pulakk. Hahaha tapi semuanya best.!"

Oh? For sure semua tu lagu raya lah kan?

Saya menjeling. Puasa belum habis dah semangat nak raya?

"Ramadhan dah habis ke belum.?" 

"Belum. Ala chill la aku puasa penuh laa. Dah nak dekat raya mesti la kena feeling sikit."

Sikit pebenda? Pasang lagu macam nak bagi satu dunia dengar.

"Yela tak kesah la feeling pun. Tapi jangan ceni do. Bilik selerak, pasang lagu kuat kuat. Kita ni pun tak tentu layak nak sambut raya." 

"Eh tak layak apa nya? Kita kan dah harungi sebulan berpuasa. Mesti la layak nak rayaa. Penat lelah tahan lapar dahaga, so ganjarannya apa? Raya laa!"

Okay i'm triggered right now.

Saya kepal penumbuk. Gigi saya bergeseran. Makhluk Allah kat depan saya ni dari tadi gelak. Nak kene ni. 

Saya bangun. Saya menapak perlahan. Sampai sahaja di depan dia, saya hadiahkan sebuah tamparan. 

"Woi! Asal tampar aku?" dia terpinga-pinga.

Saya cekak kolar bajunya dan tolak dia ke dinding. 

"Layak? Raya hanya untuk mereka yang berjaya mengharungi bulan puasa sahaja!" 

Terkebil-kebil. "Kan aku dah kata tadi aku puasa penuh!" dia meronta.

"Kau menyandarkan puasa hanya pada bilangan? Raya untuk mereka yang hanya berjaya pada bulan puasa! Kau tau apa maksud puasa? Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan daripada perkara yang membatalkannya serta perkara yang dilarang! 

Kau mengumpat, kau mencarut, kau maki orang, kau belasah orang, kau curi, kau ponteng terawih kat tandas, kau tak solat subuh, kau sembang luc**! Dan kau kata kau layak? 

Sedang Nabi bersabda amat rugi orang yang datangnya bulan Ramadhan kemudian ia pergi sebelum dosa orang tersebut diampunkan. Dan kau masih kata kau layak?

Sedarlah diri. Kau masih boleh bergelak tawa dengan lagu raya, kuih muih semua sedang Ramadhan dah nak habis. Kenapa? It just several days left? Apa kau ingat Ramadhan ni boleh topap hari ke?" 

Saya meluah rasa. Akhirnya manik manik kristal jatuh. Dia diam terpinga-pinga.

Saya turunkan dia. Saya berpaling kemudian terus ke pintu merah tadi. Keluar daripada pintu itu, saya menangis.

Ya, saya adalah AQAL. 

Siapa dia? 

Sabda Nabi s.a.w, 

"Ingatlah sesungguhnya di dalam setiap jasad terdapat seketul daging, apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad, apabila dia buruk, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah dia adalah HATI." -riwayat Bukhari dan Muslim-  


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sangka Baik Mematangkan Fikiran

Cuti MC 5 hari. Aduh. Bosan yang teramat! Nak menulis, tangan sakit. Nak menaip, tangan sakit. Nak makan? Alhamdulillah okey lagi. Haha. Setiap ujian yang mendatang perlulah disertakan dengan sangka baik, bukan? Hatta ujian dalam menuntut ilmu sekalipun. Macam kawan saya pernah sebut, "Bersabarlah. Ujian dalam menuntut ilmu itu biasalah. Moga kau kuat" Saya berterima kasih dekat dia. Doa saya selalu, semoga Allah memelihara dia dengan sebaik baik pemeliharaan dan penjagaan. Namanya sentiasa disebut dalam doa kerana dia merupakan insan yang mempunyai visi dan misi yang jelas untuk ummat. Back to the topic. "Korang semua nak tau tak?" saya mula memasang umpan. Hanya kami yang tinggal di dalam Dewan Selera. Aktiviti dan urusan yang agak banyak menjadikan kami terlewat makan 'supper'.  Macam biasa, kami akan bergerak bersama-sama. Tiba-tiba saya teringat kata-kata seorang 'Ustaz Debator' sekolah saya; "Kaum perempuan mem

"Kami bukan Malaikat!"

"Harzan, gi siap-siap nak pergi surau, pastu kemas apa yang patut. Buat checklist semua. Takut ada apa apa yang tertinggal" arah beliau. Saya masih berbaring diatas sofa. Azan yang telah berkumandang tadi menandakan subuh dah masuk. Saya masih memusingkan rubic cube. Saya mengeluh halus. Saya pun bergerak untuk ambik wudhu'. Baru sebentar tadi saya dibebel mengenai tarawih di surau. Beliau kaitkan dengan darjat seorang penghafaz Al-Quran. Saya bungkam. 'Golongan penghafaz quran seperti kami ini selalu sangat dipandang seperti malaikat oleh orang ramai. Kalau tak buat sikit, mulalah.' Kadang-kadang saya salahkan diri saya. Kenapa saya hafaz quran? Kadang-kadang saya menyesal sebab hafaz quran. Nauzubillah. 'Aku hanyalah seorang manusia yang Zaluman (teramat zalim) dan Jahulan (teramat bodoh). Sebab aku yang sanggup mengambil risiko menjadi seorang penghafaz al-quran kemudian tidak menunaikan tanggungjawab.' "Golongan kami bukanlah malaik

Dari Siapa?

Azfar menghempas pintu bilik. Dia tertekan. Beg jenama Adidas berwarna merah yang disandangnya dari tadi dilemparkan ke atas katil. Dia duduk diatas birai katil. Azfar termangu. Peristiwa yang berlaku di surau sewaktu program usrah tadi masih membakar jiwanya. Dikerah segala memori yang berlaku tadi.  "Eh ABANG Azfar! Hahaha! Sejak bila kau jadi Naqib ni?" laung seseorang. Azfar yang sedang memberikan tazkirah ringkas kepada ahli usrahnya,terhenti seketika. Program Usrah yang berjalan disekolahnya ditetapkan oleh pihak BADAR. Kebiasaanya, Nuqaba' akan mula dilantik seawal tingkatan 3 dan ahli usrahnya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 1. Sudah tiga tahun Azfar memegang jawatan sebagai Naqib. Pada malam itu rakannya, Irfan tiada di surau kerana sibuk menguruskan hal ehwal BADAR. Jadi, Irfan berhasrat agar usrahnya dapat digabungkan bersama usrah Azfar. Empat belas mata sedang menoleh kearah suara tersebut. Kelihatan empat orang pelajar sebaya Azfar memakai jubah