Dengan lafaz Bismillah,
Aku mula mengatur madah...
Aku mula mengatur madah...
Ilmu atau Hiburan?
Dua perkataan, satu persoalan,
Soalan yang sentiasa bermain di fikiran,
Memilih Ilmu sebagai teman,
Atau Hiburan sebagai keseronokan?
Ilmu atau Hiburan?
Yang manakah yang menjadi pilihan?
Kerna kita bukanlah sehebat malaikat,
Yang tetap mendengar, setia ngan taat...
Ilmu atau Hiburan?
Dengan Ilmu, kerjaya dapat dicapai,
Dengan Ilmu, matlamat dapat digapai,
Alangkah indahnya,
Pabila diri kita menjadi yang terbaik di hadapan Yang Maha Esa,
Hanya kerana kita berusaha,
Mencari Ilmu di serata dunia,
Bukan mencari dosa,
Yang sentiasa dimurkai Allah Yang Maha Perkasa...
Ya Allah,
Kuatkanlah langkah kami di atas jalan mujahadah,
Kerana mujahadah itu tidaklah mudah,
Namun kami tidak mudah mengalah,
Kerana rahmat-Mu itu sangat indah...
Cekalkan Hati, Tabahkan Diri
Pena Si Musafir
Comments
Post a Comment