Skip to main content

Mujahadah?

"Oh. Macam tu ke.." saya membalas.

"Haah.." Suara disana jelas kedengaran

Setelah mendiamkan diri sekejap, saya bertanya.

"Ibu. Apa makna MUJAHADAH?"

"Mujahadah?" suara ibu saya bergema di corong telefon. Saya baru pulang dari kelas. Penatnya. Hati saya tergerak untuk telefon mak saya di surau sementara menunggu masuknya waktu asar.

"Harzan.. Mujahadah tu...

Berasal dari perkataan JIHAD yang bereti berjuang bersungguh sungguh dengan penuh kegigihan. Bermujahadah ertinya berperang dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu..."

Saya diam. Betul tu. Dalam hidup ni kita mempunyai dua pilihan. Pilihan untuk melakukan perkara yang PERLU dilakukan atau pilihan untuk melakukan perkara yang SUKA dilakukan. Dan menjadi perkara biasa, perkara yang kita tak suka kita lakukan adalah perkara yang PERLU kita lakukan. Manakala perkara yang kita suka adalah perkara yang kita TAK PERLU lakukan. Kedua-duanya saling bertentangan. Jadi, lawanlah nafsu. Nafsu ni berganding bahu dengan Syaitan untuk menyesatkan kita. Firman Allah..

"Sesungguhnya ia menyuruh kamu untuk berbuat jahat dan keji. Dan mengatakan kepada Allah apa yang kamu tidak ketahui."

Surah Baqarah, Juz2. M/s 25.

Betapa susahnya nak lawan nafsu. Nafsu makan, tidur lepas subuh, nafsu beli barang dan sebagainya. Saya pasti ramai orang nakkan dirinya berubah. Tapi seringkali terjatuh dalam lubang yang sama. Taubat, jatuh. Bangkit, jatuh. Macam tu lah sampai kita rasakan yang kita ni tak layak untuk Allah maafkan. Tak! Sedangkan Allah berfirman

"Dan meminta ampunlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

Juz5, Surah An Nisa' m/s 96.


Bermujahadahlah...  Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis....

Cekalkan Hati, Tabahkan Diri.
Pena Si Musafir


>Semoga 'dia' dirahmati Allah.... :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sangka Baik Mematangkan Fikiran

Cuti MC 5 hari. Aduh. Bosan yang teramat! Nak menulis, tangan sakit. Nak menaip, tangan sakit. Nak makan? Alhamdulillah okey lagi. Haha. Setiap ujian yang mendatang perlulah disertakan dengan sangka baik, bukan? Hatta ujian dalam menuntut ilmu sekalipun. Macam kawan saya pernah sebut, "Bersabarlah. Ujian dalam menuntut ilmu itu biasalah. Moga kau kuat" Saya berterima kasih dekat dia. Doa saya selalu, semoga Allah memelihara dia dengan sebaik baik pemeliharaan dan penjagaan. Namanya sentiasa disebut dalam doa kerana dia merupakan insan yang mempunyai visi dan misi yang jelas untuk ummat. Back to the topic. "Korang semua nak tau tak?" saya mula memasang umpan. Hanya kami yang tinggal di dalam Dewan Selera. Aktiviti dan urusan yang agak banyak menjadikan kami terlewat makan 'supper'.  Macam biasa, kami akan bergerak bersama-sama. Tiba-tiba saya teringat kata-kata seorang 'Ustaz Debator' sekolah saya; "Kaum perempuan mem

"Kami bukan Malaikat!"

"Harzan, gi siap-siap nak pergi surau, pastu kemas apa yang patut. Buat checklist semua. Takut ada apa apa yang tertinggal" arah beliau. Saya masih berbaring diatas sofa. Azan yang telah berkumandang tadi menandakan subuh dah masuk. Saya masih memusingkan rubic cube. Saya mengeluh halus. Saya pun bergerak untuk ambik wudhu'. Baru sebentar tadi saya dibebel mengenai tarawih di surau. Beliau kaitkan dengan darjat seorang penghafaz Al-Quran. Saya bungkam. 'Golongan penghafaz quran seperti kami ini selalu sangat dipandang seperti malaikat oleh orang ramai. Kalau tak buat sikit, mulalah.' Kadang-kadang saya salahkan diri saya. Kenapa saya hafaz quran? Kadang-kadang saya menyesal sebab hafaz quran. Nauzubillah. 'Aku hanyalah seorang manusia yang Zaluman (teramat zalim) dan Jahulan (teramat bodoh). Sebab aku yang sanggup mengambil risiko menjadi seorang penghafaz al-quran kemudian tidak menunaikan tanggungjawab.' "Golongan kami bukanlah malaik

Dari Siapa?

Azfar menghempas pintu bilik. Dia tertekan. Beg jenama Adidas berwarna merah yang disandangnya dari tadi dilemparkan ke atas katil. Dia duduk diatas birai katil. Azfar termangu. Peristiwa yang berlaku di surau sewaktu program usrah tadi masih membakar jiwanya. Dikerah segala memori yang berlaku tadi.  "Eh ABANG Azfar! Hahaha! Sejak bila kau jadi Naqib ni?" laung seseorang. Azfar yang sedang memberikan tazkirah ringkas kepada ahli usrahnya,terhenti seketika. Program Usrah yang berjalan disekolahnya ditetapkan oleh pihak BADAR. Kebiasaanya, Nuqaba' akan mula dilantik seawal tingkatan 3 dan ahli usrahnya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 1. Sudah tiga tahun Azfar memegang jawatan sebagai Naqib. Pada malam itu rakannya, Irfan tiada di surau kerana sibuk menguruskan hal ehwal BADAR. Jadi, Irfan berhasrat agar usrahnya dapat digabungkan bersama usrah Azfar. Empat belas mata sedang menoleh kearah suara tersebut. Kelihatan empat orang pelajar sebaya Azfar memakai jubah