Skip to main content

'Tinta Istimewa' buatmu

"Weh. Asal kau tukar buku?''

Saya senyum.

"Ni buku puisi. Buku cerpen ada kat Si Fulan tu. Dia tengah baca"

"Oh. Nak baca." Dia pantas meminta.

"Em. Boleh. Tapi baca yang depan je. Jangan baca yang belakang." Saya agak cuak. Ye lah. 'Tinta Istimewa' lah katakan? Hahaha.

"Orait."

 Ya, tinta istimewa buatnya. Seorang pejuang yang cintakan ilmu dan agama. Mungkin tinta ini tidak sehebat tulisannya. Tidak mengapa, asalkan ada. Selepas buku dipulang, saya pantas membuka bahagian belakang. Terdapat dua warkah berisi madah. Saya tersenyum lagi. Dengan suara perlahan, saya membaca warkah yang terlakar di akhirnya nama seorang insan yang cintakan Kejayaan...

"Dengan lafaz Bismillah,
Aku mula mengatur madah...
Disaat aku mengangkat pena,
Aku menyedari bahawa aku masih tidak sempurna,

Aku mengerti,
Menjadi khalifah di muka bumi,
Tidak semudah yang diketahui,
Kerna ilmuku masih tidak mencukupi,
Akhlakku masih tidak memuaskan hati,
Namun aku berusaha memperbaiki,
Meskipun aku tersungkur diatas jalan menuju Ilahi...

Aku mengerti,
Bahawa dirimu cuba memahami,
Jutaan penghargaan akanku beri,
Kerna kau juga insan,
Yang turut memiliki visi juga misi...

Aku memahami,
Dirimu disana turut diuji,
Pelajaran, Al-Quran, Akhlak,
Semua itu menandakan bahawa dirimu itu layak,
Layak untuk bertahan diatas jalan mujahadah,
Dalam mengejar cita menjadi dai'e Fillah...

Terima Kasih,
Kerana dikau banyak memberikan sokongan,
Mengajar aku erti kesabaran,

Dan,
Dikau memberikan dorongan,
Disaat diri ini lelah dalam mengejar Cinta Tuhan,
Semoga Allah membalas segala kebaikan,
Dan mengurniakan rahmat,
Serta memilihmu menjadi ahli-Nya...

Ingatlah,
Afatul Ilmi An-Nisyan,
Bencana bagi ilmu adalah kelupaan,
Sentiasalah mencari ilmu Allah,
Dengan semangat,
Ibtigha'i Mardatillah...

Disaat aku termenung sendiri,
Terkadang Dia hadirkan perasaan ini,
Fitrah yang suci,
Yang ingin dirasai setiap insani,
Namun,
Bukanlah salah,
Tetapi aku lebih menyukai mujahadah,
Semoga Allah memelihara perasaan ini,
Daripada ditakluki syaitan,
Yang sentiasa ingin menyesatkan kita kearah kemurkaan Tuhan...

Maaf,
Tidaklah banyak perkara yang dapatku luahkan,
Kerna kita masih dipisahkan,
Dengan satu batasan,
Kita juga mempunyai keinginan,
Untuk menggapai syurga Tuhan,
Yang disediakan untuk hamba pilihan...
Dialah insan yang mendambakan seindah-indah kejayaan.....
Dialah...                   "

Buku ditutup. Senyuman saya dilakar. Langkah kaki perlahan menuju musolla. Doa akan saya laksana. Di hadapan Yang Maha Esa saya meminta, agar 'beliau' sentiasa dikurniakan rahmat-Nya...

Cekalkan Hati, Tabahkan Diri
Pena Si Musafir

Comments

Popular posts from this blog

Sangka Baik Mematangkan Fikiran

Cuti MC 5 hari. Aduh. Bosan yang teramat! Nak menulis, tangan sakit. Nak menaip, tangan sakit. Nak makan? Alhamdulillah okey lagi. Haha. Setiap ujian yang mendatang perlulah disertakan dengan sangka baik, bukan? Hatta ujian dalam menuntut ilmu sekalipun. Macam kawan saya pernah sebut, "Bersabarlah. Ujian dalam menuntut ilmu itu biasalah. Moga kau kuat" Saya berterima kasih dekat dia. Doa saya selalu, semoga Allah memelihara dia dengan sebaik baik pemeliharaan dan penjagaan. Namanya sentiasa disebut dalam doa kerana dia merupakan insan yang mempunyai visi dan misi yang jelas untuk ummat. Back to the topic. "Korang semua nak tau tak?" saya mula memasang umpan. Hanya kami yang tinggal di dalam Dewan Selera. Aktiviti dan urusan yang agak banyak menjadikan kami terlewat makan 'supper'.  Macam biasa, kami akan bergerak bersama-sama. Tiba-tiba saya teringat kata-kata seorang 'Ustaz Debator' sekolah saya; "Kaum perempuan mem

"Kami bukan Malaikat!"

"Harzan, gi siap-siap nak pergi surau, pastu kemas apa yang patut. Buat checklist semua. Takut ada apa apa yang tertinggal" arah beliau. Saya masih berbaring diatas sofa. Azan yang telah berkumandang tadi menandakan subuh dah masuk. Saya masih memusingkan rubic cube. Saya mengeluh halus. Saya pun bergerak untuk ambik wudhu'. Baru sebentar tadi saya dibebel mengenai tarawih di surau. Beliau kaitkan dengan darjat seorang penghafaz Al-Quran. Saya bungkam. 'Golongan penghafaz quran seperti kami ini selalu sangat dipandang seperti malaikat oleh orang ramai. Kalau tak buat sikit, mulalah.' Kadang-kadang saya salahkan diri saya. Kenapa saya hafaz quran? Kadang-kadang saya menyesal sebab hafaz quran. Nauzubillah. 'Aku hanyalah seorang manusia yang Zaluman (teramat zalim) dan Jahulan (teramat bodoh). Sebab aku yang sanggup mengambil risiko menjadi seorang penghafaz al-quran kemudian tidak menunaikan tanggungjawab.' "Golongan kami bukanlah malaik

Dari Siapa?

Azfar menghempas pintu bilik. Dia tertekan. Beg jenama Adidas berwarna merah yang disandangnya dari tadi dilemparkan ke atas katil. Dia duduk diatas birai katil. Azfar termangu. Peristiwa yang berlaku di surau sewaktu program usrah tadi masih membakar jiwanya. Dikerah segala memori yang berlaku tadi.  "Eh ABANG Azfar! Hahaha! Sejak bila kau jadi Naqib ni?" laung seseorang. Azfar yang sedang memberikan tazkirah ringkas kepada ahli usrahnya,terhenti seketika. Program Usrah yang berjalan disekolahnya ditetapkan oleh pihak BADAR. Kebiasaanya, Nuqaba' akan mula dilantik seawal tingkatan 3 dan ahli usrahnya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 1. Sudah tiga tahun Azfar memegang jawatan sebagai Naqib. Pada malam itu rakannya, Irfan tiada di surau kerana sibuk menguruskan hal ehwal BADAR. Jadi, Irfan berhasrat agar usrahnya dapat digabungkan bersama usrah Azfar. Empat belas mata sedang menoleh kearah suara tersebut. Kelihatan empat orang pelajar sebaya Azfar memakai jubah