Skip to main content
Mengulangkaji. Usaha terakhir hampir semua pelajar sebelum menghadapi peperangan ilmu. Buku dihadapan sudah bersedia menyuburkan ilmu di dada. Helaian demi helaian dibuka. Tidak! Fokusku dicuri. Perasaan aneh mula bertandang dihati. Aku menutup gerbang ilmu. Mula menulis sebuah puisi diatas kertas putih bak salju.

Ya Allah,
Fokusku diganggu,
Hatiku dihantui sesuatu,
Adakah terdapat sesuatu untuk ku laku?

Ya Allah,
Aku tidak gagah,
Untuk berdiri megah diatas jalan mujahadah,
Melawan nafsu yang tidak pernah mengenal erti lelah,
Namun aku sedar,
Aku tidak boleh mengalah,
Kerana rahmat Rabb-ku bersama orang yang tabah.

Ya Allah,
Diri ini menyedari banyak silap dan salah,
Namun aku tetap tersungkur mengadah,
Mengharapkan pengampunan dari Yang Maha Pemurah,

Ya Allah,
Bantulah aku bermujahadah,
Bantulah aku menguruskan fitrah,
Agar dari fitrah tidak menjadi fitnah,
Bantulah aku untuk menggapai keredhaan-Mu,
Cinta yang satu,
Bantulah aku melawan godaan syaitan terkutuk,
Agar aku bisa menggapai cita-cita yang utuh,
Menegakkan syiar-Mu,
Berdoa dan mengharap pada Yang Satu.

Ya Allah,
Bantulah aku,
Bantulah dia,
Bantulah mereka,
Menjadi hamba-Mu yang tercinta,
Dan,
Agar aku bisa menjumpai,
Cintanya yang cintakan Ilahi....

Aku menutup nota. Aku meletakkan pena. Mengharap yang terbaik dari Yang Maha Esa.

'Allah. Aku mahu pulang'

Cekalkan Hati, Tabahkan Diri.
Pena Si Musafir.

Comments

Popular posts from this blog

Sangka Baik Mematangkan Fikiran

Cuti MC 5 hari. Aduh. Bosan yang teramat! Nak menulis, tangan sakit. Nak menaip, tangan sakit. Nak makan? Alhamdulillah okey lagi. Haha. Setiap ujian yang mendatang perlulah disertakan dengan sangka baik, bukan? Hatta ujian dalam menuntut ilmu sekalipun. Macam kawan saya pernah sebut, "Bersabarlah. Ujian dalam menuntut ilmu itu biasalah. Moga kau kuat" Saya berterima kasih dekat dia. Doa saya selalu, semoga Allah memelihara dia dengan sebaik baik pemeliharaan dan penjagaan. Namanya sentiasa disebut dalam doa kerana dia merupakan insan yang mempunyai visi dan misi yang jelas untuk ummat. Back to the topic. "Korang semua nak tau tak?" saya mula memasang umpan. Hanya kami yang tinggal di dalam Dewan Selera. Aktiviti dan urusan yang agak banyak menjadikan kami terlewat makan 'supper'.  Macam biasa, kami akan bergerak bersama-sama. Tiba-tiba saya teringat kata-kata seorang 'Ustaz Debator' sekolah saya; "Kaum perempuan mem

"Kami bukan Malaikat!"

"Harzan, gi siap-siap nak pergi surau, pastu kemas apa yang patut. Buat checklist semua. Takut ada apa apa yang tertinggal" arah beliau. Saya masih berbaring diatas sofa. Azan yang telah berkumandang tadi menandakan subuh dah masuk. Saya masih memusingkan rubic cube. Saya mengeluh halus. Saya pun bergerak untuk ambik wudhu'. Baru sebentar tadi saya dibebel mengenai tarawih di surau. Beliau kaitkan dengan darjat seorang penghafaz Al-Quran. Saya bungkam. 'Golongan penghafaz quran seperti kami ini selalu sangat dipandang seperti malaikat oleh orang ramai. Kalau tak buat sikit, mulalah.' Kadang-kadang saya salahkan diri saya. Kenapa saya hafaz quran? Kadang-kadang saya menyesal sebab hafaz quran. Nauzubillah. 'Aku hanyalah seorang manusia yang Zaluman (teramat zalim) dan Jahulan (teramat bodoh). Sebab aku yang sanggup mengambil risiko menjadi seorang penghafaz al-quran kemudian tidak menunaikan tanggungjawab.' "Golongan kami bukanlah malaik

Dari Siapa?

Azfar menghempas pintu bilik. Dia tertekan. Beg jenama Adidas berwarna merah yang disandangnya dari tadi dilemparkan ke atas katil. Dia duduk diatas birai katil. Azfar termangu. Peristiwa yang berlaku di surau sewaktu program usrah tadi masih membakar jiwanya. Dikerah segala memori yang berlaku tadi.  "Eh ABANG Azfar! Hahaha! Sejak bila kau jadi Naqib ni?" laung seseorang. Azfar yang sedang memberikan tazkirah ringkas kepada ahli usrahnya,terhenti seketika. Program Usrah yang berjalan disekolahnya ditetapkan oleh pihak BADAR. Kebiasaanya, Nuqaba' akan mula dilantik seawal tingkatan 3 dan ahli usrahnya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 1. Sudah tiga tahun Azfar memegang jawatan sebagai Naqib. Pada malam itu rakannya, Irfan tiada di surau kerana sibuk menguruskan hal ehwal BADAR. Jadi, Irfan berhasrat agar usrahnya dapat digabungkan bersama usrah Azfar. Empat belas mata sedang menoleh kearah suara tersebut. Kelihatan empat orang pelajar sebaya Azfar memakai jubah