Skip to main content

Cinta Allah ke Cinta Manusia?

"Harzan. Kau nak tau satu cerita?"

"Haa. Apa?" Kami berdua menuju kearah surau selepas makan malam dekat Dewan Selera. Dah lama tak jumpa sahabat saya yang sorang ni. Mesti la banyak cerita.

"Camni. Kau tau kan aku suka si fulanah?" dia bertanya.

"Hemm. Tau. Jadi?" saya menjawab dengan soalan.

"Macam ni. Aku diberikan 'dare' oleh kawan aku. Dia kata dia cabar aku untuk jaga hati start sekarang sampai tingkatan 5 nanti" dia bercerita.

"Hmm. Bagus 'dare' dia. So, kau terima tak?" saya semakin berminat.

"Aku terima. Tapi macam agak susah lah nak buat."

"Haha. Takpe. Insya Allah aku boleh tolong kau dalam menjaga hati. Aku pun tengah jaga hati sekarang ni." saya cuba menenangkan dia.

Cinta itu satu fitrah yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Tapi fitrah boleh bertukar menjadi fitnah dalam sekelip mata. Kita mestilah pandai menilai dan menjaga fitrah tu. Syaitan bila-bila masa je boleh menghasut kita. Seperti mana firman Allah dalam Al-Quran, Allah menceritakan tentang kata-kata Iblis semasa Allah melaknatnya disebabkan keengganan Iblis untuk sujud kepada Nabi Adam a.s . Firman Allah ,

"Kemudian aku (iblis) akan mendatangi mereka (manusia) daripada bawah mereka, atas mereka, kanan mereka dan juga kiri mereka. Dan kau tidak akan mendapati mereka termasuk di antara orang orang yang bersyukur."

Surah A'raf , Juz 8, M/s 152

"Alah. Suka sikit je. Bukan boleh jadi pape pun"

"Entahnya. Buu. Ekstrem! Syadid!"

"Cepat sangat menghukum sesuatu itu haram. Kau bukan Tuhan"

Na'am. Kita bukan Tuhan, tapi kita berusaha untuk mencari redha Tuhan. Uruskanlah fitrah itu dengan Zikrullah, bukan melayan. Syaitan dan konco-konconya sentiasa mencari titik kelemahan kita untuk menyesatkan kita.

"Salahkah bercinta? Salahkah menyayangi antara satu sama lain? Salahkah mencari cinta manusia?"

"Alah kau. Cakap bergegar, buatnya tak. Acah alim je. Entah entah hati pun sama je"

Cinta itu TAK salah. Yang salahnya manusia. Cari cinta Allah dulu, barulah kita dapat Cinta High Class. Cari keredhaan Allah, Insya Allah, redha Allah bersama kita. Kadang kadang kita menegur bukan untuk orang lain sahaja. Tetapi sebenarnya lebih berhajat dengan teguran sendiri.

Cekalkan Hati, Tabahkan Diri.
Pena Si Musafir

Comments

Popular posts from this blog

Sangka Baik Mematangkan Fikiran

Cuti MC 5 hari. Aduh. Bosan yang teramat! Nak menulis, tangan sakit. Nak menaip, tangan sakit. Nak makan? Alhamdulillah okey lagi. Haha. Setiap ujian yang mendatang perlulah disertakan dengan sangka baik, bukan? Hatta ujian dalam menuntut ilmu sekalipun. Macam kawan saya pernah sebut, "Bersabarlah. Ujian dalam menuntut ilmu itu biasalah. Moga kau kuat" Saya berterima kasih dekat dia. Doa saya selalu, semoga Allah memelihara dia dengan sebaik baik pemeliharaan dan penjagaan. Namanya sentiasa disebut dalam doa kerana dia merupakan insan yang mempunyai visi dan misi yang jelas untuk ummat. Back to the topic. "Korang semua nak tau tak?" saya mula memasang umpan. Hanya kami yang tinggal di dalam Dewan Selera. Aktiviti dan urusan yang agak banyak menjadikan kami terlewat makan 'supper'.  Macam biasa, kami akan bergerak bersama-sama. Tiba-tiba saya teringat kata-kata seorang 'Ustaz Debator' sekolah saya; "Kaum perempuan mem

"Kami bukan Malaikat!"

"Harzan, gi siap-siap nak pergi surau, pastu kemas apa yang patut. Buat checklist semua. Takut ada apa apa yang tertinggal" arah beliau. Saya masih berbaring diatas sofa. Azan yang telah berkumandang tadi menandakan subuh dah masuk. Saya masih memusingkan rubic cube. Saya mengeluh halus. Saya pun bergerak untuk ambik wudhu'. Baru sebentar tadi saya dibebel mengenai tarawih di surau. Beliau kaitkan dengan darjat seorang penghafaz Al-Quran. Saya bungkam. 'Golongan penghafaz quran seperti kami ini selalu sangat dipandang seperti malaikat oleh orang ramai. Kalau tak buat sikit, mulalah.' Kadang-kadang saya salahkan diri saya. Kenapa saya hafaz quran? Kadang-kadang saya menyesal sebab hafaz quran. Nauzubillah. 'Aku hanyalah seorang manusia yang Zaluman (teramat zalim) dan Jahulan (teramat bodoh). Sebab aku yang sanggup mengambil risiko menjadi seorang penghafaz al-quran kemudian tidak menunaikan tanggungjawab.' "Golongan kami bukanlah malaik

Dari Siapa?

Azfar menghempas pintu bilik. Dia tertekan. Beg jenama Adidas berwarna merah yang disandangnya dari tadi dilemparkan ke atas katil. Dia duduk diatas birai katil. Azfar termangu. Peristiwa yang berlaku di surau sewaktu program usrah tadi masih membakar jiwanya. Dikerah segala memori yang berlaku tadi.  "Eh ABANG Azfar! Hahaha! Sejak bila kau jadi Naqib ni?" laung seseorang. Azfar yang sedang memberikan tazkirah ringkas kepada ahli usrahnya,terhenti seketika. Program Usrah yang berjalan disekolahnya ditetapkan oleh pihak BADAR. Kebiasaanya, Nuqaba' akan mula dilantik seawal tingkatan 3 dan ahli usrahnya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 1. Sudah tiga tahun Azfar memegang jawatan sebagai Naqib. Pada malam itu rakannya, Irfan tiada di surau kerana sibuk menguruskan hal ehwal BADAR. Jadi, Irfan berhasrat agar usrahnya dapat digabungkan bersama usrah Azfar. Empat belas mata sedang menoleh kearah suara tersebut. Kelihatan empat orang pelajar sebaya Azfar memakai jubah